Ucapan ulangtahun UMNO yang paling rare kepada Presiden...
Mahathir fail permohonan soal balas Najib
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dan dua lagi memfailkan permohonan untuk memanggil dan menyoal balas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung afidavit bagi menyokong saman fitnah yang difailkan terhadapnya.
Saman itu berhubung dakwaan bahawa Najib membuat salah laku dalam jawatan awam berhubung siasatan kes 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) dan dana 2.6 billion.
Selain Mahathir, bekas Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Kahiruddin Abu Hassan dan bekas ahli Umno Langkawi, Anina Saadudin selaku plaintif pertama hingga ketiga memfailkan permohonan itu melalui firma guaman Tetuan Haniff Khatri di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Dalam permohonan itu mereka memohon perintah mahkamah bahawa sekiranya Najib gagal hadir untuk disoal balas pada masa yang ditetapkan mahkamah, afidavit sokongan itu tidak dibenarkan untuk digunakan dalam prosiding saman itu.
Mereka turut memohon prosiding interlokutori bagi permohonan Najib membatalkan saman berkenaan ditangguhkan sehingga 14 hari daripada tarikh Najib disoal balas.
Mahathir, Khairuddin dan Anina mengemukakan alasan bahawa defendan telah mengeluarkan kenyataan yang samar, bercanggah dan tidak konsisten dengan fakta.
Dalam saman yang difailkan pada 23 Mac lalu, mereka mendakwa Najib sengaja menganggu siasatan berkenaan 1MDB dan syarikat- syarikat berkaitan, serta siasatan aliran masuk wang RM2.6 bilion dan RM42 juta daripada SRC International ke dalam akaun peribadinya.
Mereka juga mendakwa Najib telah melakukan penindasan sehingga menyebabkan beliau dapat mengelak daripada berhadapan dengan kesan dan akibat di sisi undang-undang atas segala dakwaan salah laku atau perbuatan jenayah.
Plaintif-plaintif turut mendakwa Najib menggunakan menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden Umno bagi melakukan salah laku berkenaan.
-Sinar Harian
Berani kerana benar..!
Dalam ucapan sambutan 11Mei UMNO tahun lepas bukan main berdegar degar lagi Presiden membayangkan akan menyambut ulangtahun ke 70 secara besar besaran..! Malangnya apa yang dirancang terus kecundang dan terhalang..!
Lebih menjengkelkan apabila tarikh keramat kelahiran UMNO yang sentiasa mengambil tempat utama pemimpin negara sejak dahulu lagi telah di 'hijack' oleh majlis santapan Majlis Raja Raja..!
Apakah sudah tiada lagi kehalusan budi dikalangan pemimpin yang bertanggungjawab? Atau apakah ini juga satu manifestasi bahawa penjawat awam sudah tidak meletakkan UMNO utama seperti mana ahli dan orang melayu teramai..!
Pemimpin? mana peduli..! Happy birthday..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
