Jangan tersedak dedak dulu..! Baca dan fahamkan..!
NAJIB TERBUKTI BETUL
1. Menurut laporan akhbar, siaran ABC mengesahkan dana itu adalah hadiah yang boleh digunakan oleh PM sesuka hati.
2. Ini adalah berita yang sesungguh baik. Kini TV Kerajaan perlu menyiarkan berita ABC ini supaya semua rakyat akan mengetahui bagaimana betulnya Najib.
3. Tetapi jangan menyiarkan hanya sebahagian sahaja dan di luar konteks. Tunjuklah keseluruhan siaran ABC itu untuk membuktikan Najib tidak bersalah. Hanya selepas itu akan rakyat dapat diyakinkan. Bersikap jujurlah dan buktikan bahawa Najib bercakap benar, hanya yang benar, dan tidak lain daripada yang benar.
4. Untuk menunjuk bahawa beliau tidak bersalah, memandangkan “Pasukan Petugas Empat” dahulu telah dikebiri, dirikanlah sebuah Suruhanjaya yang terkecuali untuk menyiasat derma, mulai dari masa tugas pasukan petugas sebelum ini telah dihentikan sebelum dapat menyelesaikan tugas mereka.
5. Hanya kenyataan daripada Kerajaan sahaja, khususnya oleh ahli-ahli politik yang disangsikan, tidak meyakinkan orang ramai.
6. Kita perlu penulis surat, yang mendakwa beliau telah menderma wang, untuk menampil dan menjawab soalan-soalan mengenai sumber kekayaan beliau, bank beliau, cara beliau memindah jumlah wang yang besar ke akaun peribadi Najib. Terdapat juga percanggahan antara tarikh suratnya itu dengan masa orang ramai menemui dan mempersoalkan wang dalam akaun peribadi Najib pada 2014.
7. Surat yang bertarikh 1 haribulan November 2011 ini menjawab semua soalan-soalan yang hanya ditanya pada tahun 2014, selepas Wall Street Journal mendedah tentang USD 681,000,000 dalam akaun peribadi Najib. Jika sekiranya surat ini boleh dipercayai, ini bermakna pemindahan wang, termasuk USD 375,000,000 yang dinyatakan, telah dilakukan dalam jumlah yang berbeza berulang kali melalui bank syarikat yang dikenali sebagai Blackstone Asia Real Estate Partners Ltd yang merupakan syarikat Kepulauan British Virgin yang Blackstone Group AS sendiri menafikan sebarang pengetahuan mengenainya.
8. Surat ini, yang sepatutnya membuktikan bahawa wang itu adalah hadiah, mengandungi banyak percanggahan mengenai tarikh, jumlah wang dan kekerapan pembayaran.
9. Ianya seolah-olah penulis, yang kononnya ialah “Putera Arab Abdulaziz Al-Saud” pada tahun 2011 tahu bahawa pada tahun 2014 kewujudan “hadiah” akan ditemui, didedah dan penjelasan diperlukan. Ia adalah satu kes yang amat menakjubkan.
10. Tetapi penyiaran keseluruhan 1 jam episod oleh ABC akan menjelaskan segala-galanya.
Salinan Surat Saudi
Lu Fikir La Sendiri!!!

