Ulasan Tun M apabila ditanya oleh para wartawan berkaitan teguran beliau keatas Najib..!
Ramai wartawan menunggu Tun Dr Mahathir Mohamad di satu majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur Isnin malam selepas beliau membuat satu komentar menegur kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak di laman blognya.
Tentunya semua ingin tahu lebih lanjut maksud tulisanya yang panjang di laman blognya chedet itu yang dimuatnaik Isnin dibawah tajuk ' menegur'.
Ditemui selepas melancarkan Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis, Universiti Utara Malaysia (IEIJS-UUM),bekas Perdana Menteri itu menjelaskan berkata beliau tidak berniat meminta Najib meletak jawatan dalam teguran itu.
Sebaliknya hanya memberi teguran terhadap Perdana Menteri dalam catatan terbaru dalam blognya.
"Saya tidak kata dia (Najib) patut letak jawatan, saya cuma tidak setuju dengan sebahagian daripada dasar dia.
"Ia (teguran) itu bukan bersifat peribadi. Orang lain tak tegur dia, jadi saya tegur la," katanya.
Bekliau menilai Najib yang lebih gemar mendiamkan diri apabila tercetusnya sesuatu isu dan terlalu lembut kepada semua orang menyebabkan Perlembagaan tidak lagi dihormati.
"Ini bukan isu peribadi. Apa yang dilakukan Najib tidak memanfaatkan negara...ketegangan kaum dan agama meningkat, orang tidak hormat kepada Perlembagaan lagi.
"Beliau terlalu lembut dengan semua orang, kadangkala tidak respons, senyap...ada masalah tapi tidak ambil tindakan," katanya.
Bekas Perdana Menteri itu dalam catatan blognya berkata, beliau menegur pentadbiran Najib kerana berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala yang dilakukan oleh mereka adalah baik belaka.
Katanya, hanya apabila ditegur sahaja pemimpin akan sedar kesalahan yang dilakukan dan mungkin memperbetulkannya.
Dr Mahathir berkata beliau menegur menerusi blognya kerana telah berulang kali menegur pentadbiran Najib tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil.
Sementara itu, mengenai penubuhan IEIJS, Dr Mahathir berkata, ia dapat membantu memberi kefahaman dalam bentuk fakta akademik kepada orang Islam dan juga bukan Islam mengenai apa yang sebenarnya berlaku di Palestin.
"Tidak banyak kajian fakta tentang Baitulmaqdis oleh ulama-ulama Islam. Hasil penubuhan institut ini, saya berharap akan ada kefahaman yang lebih baik tentang apa jua yang berlaku di sana," katanya.-18/8/2014- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL
Lu Fikir La Sendiri!!!
