Memaparkan catatan dengan label umno jahanam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umno jahanam. Papar semua catatan

Rabu, 21 Jun 2023

18SX~Penjilat Hanya Mahu Yang Sedap & Seronok..!

 

Apabila roh perjuangan sudah di lapik dengan kebendaan, tentunya ia tumpul. Tumpul dalam mempertahankan hak dan prinsip malah yang datang sebagai pakejnya ialah larut dan hilang ditelan arus. Bukan sahaja rakyat yang berkata malah ianya menjadi perbualan ahli dan di sampaikan oleh hanya beberapa kepimpinan bahagian yang masih lagi tajam dengan nilai dan arah tuju serta risau kemana bakal hilangnya parti berjasa ini suatu hari nanti yang jejaknya semakin hilang tak bertapak.


UMNO hari ini dilihat hanya menjadi pelengkap kepada kerajaan hari ini dan dibimbangi tidak lagi menjadi wadah utama perjuangan orang Melayu.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad melahirkan kebimbangan itu apabila melihat usaha-usaha yang tidak meyakinkan mutakhir ini.

“Saya menaruh harapan agar UMNO masih lagi menjadi pilihan utama masyarakat Melayu tetapi kebimbangan saya adalah terdapat usaha-usaha yang tidak meyakinkan akhir-akhir ini bahawa parti ini masih dominan dalam politik tanah air

“Ini adalah kerana dalam kerajaan hari ini, kita lebih banyak memainkan peranan sebagai pelengkap sahaja dengan jumlah 26 kerusi Parlimen. Jadi, perlu dijelaskan adakah jumlah kerusi dapat ditambah pada masa depan atau akan terus kekal begitu?“Jadi, apa yang boleh dibuat, kepimpinan parti perlu memberi penjelasan bukan sahaja kepada perwakilan yang hadir dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini, malah lebih penting kepada akar umbi dan penyokong,” katanya, lapor Utusan.

Beliau yang merupakan bekas Setiausaha Kerja UMNO Johor berpendapat langkah memberi penjelasan akan dapat ‘melembutkan’ hati ahli khususnya di peringkat akar umbi yang mungkin masih tidak jelas tentang peranan parti dalam kerajaan hari ini. sumber

Dah tak ramai yang mahu mengungkapkan kebenaran di dalam UMNO. Majoritinya hanya mereka yang suka dan minat menjilat. Kerja senang..! Jumpa pemimpin dapat cium tangan, dapat selfie, dapat tepuk tampar kemudian makan makan dan sikit selit salaman cukup bagi pemakan dedak. Bagi yang berjawatan pula dapat sign dan tenyeh untuk sokongan dan kelulusan projek maka ianya vitamin bagi meneruskan agenda di bawah untuk mempertahankan pemimpin kesayangan mereka. 












Buat lah apa pun justifikasi bagi menegakkan yang bengkok, memutihkan yang hitam dan membenarkan yang salah. Soal parti rosak itu bukan hal. Lebih lagi sekarang ni, kalah dalam pilihanraya dan di tolak oleh rakyat di tambah dengan kes yang berpuluh puluh pun layak dan boleh mendapat laba jawatan tinggi kerajaan. Kalah pilihanraya pun bukan masaalah. Maka ampuan dan jilatan cukup sebagai syarat untuk menjadi penyokong dan pendokong kerajaan hari ini.

Akhirnya perosak, pengkhianat, barua dan macai sahaja la yang berada di puncak kuasa, yang taat dan setia sekadar menumpang di tapak kaki mereka. Siapa? Lu Fikir La Sendiri..!