Tak payah pakai macam lebai..! Tak payah nak bergamis, berserban bagai..!
Baca dan fahamkan..!
Umno harus fokus agenda pengukuhan Islam, kata MB Johor
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menyarankan agar Umno mengangkat politik Islam yang didokong selama ini ke tahap lebih baik dengan cara lebih progresif dan berkemajuan.
Mohamed Khaled berkata Umno mesti memfokuskan kepada pengukuhan Islam sebagai agendanya demi kelangsungan parti ditunjangi orang Melayu itu.
"Jika Islam itu terbukti sebagai faktor penting dalam kebangkitan kebangsaan Melayu, maka, Islam juga harus terus penting dalam kelangsungan Umno.
"Cuma apa yang kita perlukan sekarang adalah lonjakan dan fokus yang lebih radikal, besar dan serius untuk mengarus perdanakan Islam dalam Umno secara lebih konstruktif, lebih mendasar dan lebih rapi," katanya.
Menteri Besar itu berucap pada penutup Seminar Komemoratif 70 Tahun Umno yang bertemakan 'Islam, Nasionalisme dan Masa Depan Umno' di Pusat Konvensyen Antarbangsa Persada Johor, hari ini.
Mohamed Khaled berkata dengan mendalami syiar Islam, ia dapat menjadikan Malaysia lebih moden dan sejahtera selain membantu melonjakkan Melayu dan negara ke arah sebuah negara kesepakatan yang adil, berdaya saing, kuat dan dihormati.
Beliau berkata sudah tiba masanya untuk Umno dan Islam bergerak seiring melancarkan gerakan besar-besaran melaksanakan agenda Melayu maju yang bersandarkan politik Islam progresif dalam usaha mengukuhkan kedudukan parti.
"Saya harus menegaskan bahawa politik Islam yang saya sarankan bukan tentang struktur, bukan tentang negara Islam dan hukum hakam. Ia lebih jauh dari semua itu.
"Politik Islam yang kita anjurkan menjurus kepada sistem nilai dan tadbir urus yang lebih baik yang berpasakkan keadilan, kebebasan, ketelusan dan kesepakatan.
"Amatlah penting kita sedari dan faham bahawa politik Islam itu amat luas," katanya.
Khaled tak mengajak orang Islam kafir mengkafir untuk menentukan siapa kononnya lebih Islam dengan mempolitikkan hudud..! Khaled tak menyeru orang Melayu hipokrit dengan membuang jatidiri bangsa..!
Khaled mengajak umat Islam bersatu dan berpadu..!
Khaled menyeru umat Islam beramanah..! bertanggungjawab dan ikhlas dalam melaksanakan kewajipan..!
Khaled meminta umat Islam berani menyatakan kebenaran tanpa dikongkong oleh puak dan kuasa yang mencengkam maruah dan kemerdekaan dengan jujur dan aman..!
Tak perlu dedak..! tak perlu ampu dan jilat..!
Jelas?
Lu Fikir La Sendiri!!!