Memaparkan catatan dengan label wahid omar 1mdb bermasaalah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wahid omar 1mdb bermasaalah. Papar semua catatan

Selasa, 5 April 2016

PANAS ~ Menteri Akui 1MDB Bermasaalah Dari Awal..!


Patut la bukan main kuat lagi angin lintang pukang bertiup mengatakan yang Menteri ni dah bosan..! Khabarnya Menteri ni tak mahu lagi khidmatnya di sambung..! Menteri ni tak nak letak jawatan tapi kalau boleh nak 'terbang' dari barisan dungu yang duduk dalam kabinet..!

Mungkin kenyataan ini juga helah untuk 'membenarkan bosnya' membuang beliau..!

Tak gitu? layan...

Menteri akui model 1MDB tak mapan dari awal

Dengan modal yang rendah dan hutang yang tinggi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dilaporkan mengakui bahawa model 1MDB tidak mapan dari awal-awal lagi.
"Model yang mereka ambil adalah modal rendah dan pinjaman yang besar, dan saya fikir kerana mereka tahu, ia bukan satu model mampan.
"Dengan itu datang kesedaran hutang, di mana ahli lembaga kini telah memulakan pelan rasionalisasi," beliau dilaporkan memberitahu penyiar Amerika CNBC pada Isnin.
Wahid merujuk kepada pelan rasionalisasi hutang 1MDB dilancarkan pada Mei tahun lepas.
Antara lain, ia melibatkan penjualan aset 1MDB kepada China General Nuclear Power Corporation, dan kepentingan 1MDB di Bandar Malaysia kepada China Railway Engineering Corporation.
Menurut presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy pada 31 Disember tahun lalu, ini mengurangkan hutang syarikat sebanyak RM39 bilion kepada RM42 bilion.
Sementara itu, Abdul Wahid dilaporkan memberitahu CNBC bahawa 1MDB juga luar biasa dalam fakta bahawa ia dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan, dan bukannya syarikat yang disenaraikan.
Lu Fikir La Sendiri!!!