Memaparkan catatan dengan label wanita gerakan cabar presiden jangan bertanding pru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wanita gerakan cabar presiden jangan bertanding pru. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Oktober 2011

Sukun Dicabar Tunjuk Telur...!


Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe menggesa Presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon agar tidak bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang demi kepentingan parti.

Tan yang membuat gesaan itu di persidangan perwakilan kebangsaan Wanita Gerakan, di ibunegara hari ini, bagaimanapun berkata Koh boleh terus memimpin parti pada PRU berkenaan serta membuat keputusan tegas mengenai masa depan dan kelangsungan Gerakan.

"Saya tidak memaksa beliau berundur tetapi Wanita berharap beliau tidak akan jadi calon pada PRU itu nanti. Saya yakin beliau akan jadi lebih baik (sebagai pemimpin) jika tidak bertanding," katanya kepada pemberita selepas penggulungan persidangan sayap tersebut.

Tan berkata Gerakan yang merekodkan prestasi buruk pada PRU 2008 memerlukan pemimpin yang berani dan teguh sekiranya mahu terus 'hidup' selepas PRU akan datang.

Wanita Gerakan dah bersuara!!! mereka nak kan sukun berani! lantang! tunjuk ketegasan! bukan bacul mencari kawasan selamat untuk menyelamatkan diri dalam PRU akan datang!!!

Tan bermain api! beliau rela dan bersedia jika dengan kenyataan kamikaze nya ini menyebabkan beliau tidak lagi dipilih oleh presiden untuk bertanding! sekurang kurang Tan dah membuktikan bahawa beliau jelas 'jantan' dan 'bertelur' membawa harapan dan gesaan ahli parti!!! Sukun ada telor ke???

Lu Fikir La Sendiri!!!