Nampaknya berjaya betul la amalan wasatiyah yang dianjurkan oleh pemimpin Malaysia dan keluarga mereka hingga berjaya ditiru dan dibuktikan oleh pemimpin negara jiran apabila isteri seorang Ketua Kerajaan dengan berbesar hati menggayakan beg tangan yang berharga hanya RM45..!
Dilaporkan juga...
Semua 200 dompet ‘murah’ isteri PM Singapura habis dijual
Ibu bapa Sheng Jie menjelaskan kepada anak mereka berita hasil ciptaannya mendapat liputan meluas, walaupun mungkin remaja itu tidak betul-betul faham kepentingan berita itu.

Dompet berharga RM45 dengan ukiran dinosaur yang menjadi terkenal serta-merta selepas ia dibawa isteri perdana menteri Singapura ketika lawatan rasmi ke Amerika Syarikat minggu ini habis dijual.
The Straits Times melaporkan kesemua 200 dompet itu habis dijual pada 3 Ogos, sehari selepas Ho Ching, yang menemani suaminya Lee Hsien Loong ketika dialu-alukan ke White House oleh Presiden Barack Obama dan isteri Michelle Obama, dilihat mengepit dompet itu.
See Toh Sheng Jie, anak seorang pemandu teksi dan pelajar berusia 19 tahun di sebalik reka bentuk dompet itu, teruja dengan populariti hasil rekaannya.
“Reaksi pertama ialah, kami terkejut. Ia sungguh menakjubkan,” kata bapanya See Toh.
Ibu Sheng Jie, Wendy Chua, 52, mencelah, “Dan sekarang kami sangat bangga!”
Puan Lee, yang merupakan penaung Persatuan Autisme Singapura, membeli dompet bernama “Denim Pouch-Dino Blue Black” itu ketika menghadiri pertunjukan konsert amal Sabtu lalu bagi mengutip derma membantu perkhidmatan sokongan golongan autistik.
Selepas latar belakang dompet itu dilaporkan, ia terus menjadi popular, malah berita mengenainya dikongsi ramai di media sosial dengan ramai yang memujinya kerana memilih fesyen yang sederhana.
Dompet itu dijual The Art Faculty, sebuah kedai online yang menjual hasil seni pelajar kurang upaya dan autistik di Sekolah Pathlight.
Pelajar menerima royalti hasil jualan reka seni mereka di samping mempertingkatkan kemahiran.
Ibu bapa Sheng Jie menjelaskan kepada anak mereka berita hasil ciptaannya mendapat liputan meluas.
Sheng Jie gembira, walaupun mungkin tidak betul-betul faham kepentingan di sebalik berita itu, kata bapanya kepada ST.
SIngapura pasti akan menghantar 'kawad terima kasih' (bukan cawat) kepada negara Malaysia kerana telah berjaya membentuk hati budi serta pemikiran wasatiyah seperti mana yang dianjurkan oleh pemimpin negara ini serta isteri dan keluarga mereka..!
Semoga anak anak permata pintar beroleh keuntungan kerana selama ini telah diperuntukan berjuta juta ringgit untuk membangunkan program mulia sebegitu apabila segala hasil penat lelah mereka pasti akan berbaloi jika bakal mendapat 'royalti' seperti mana yang berlaku di negara jiran..!
Tentunya hasil seni dan pelbagai lagi pencapaian telah berjaya mengangkat martabat, harakat dan darjat Malaysia ke mata dunia malah seluruh alam planet yang lain..!
Diberitakan juga sedikit perselisihan faham hingga mencetuskan kekecohan yang hampir membawa kepada pergaduhan berlaku apabila ramai kaum hawa yang terdiri dari nenek nenek, ibu ibu, kakak kakak dan anak anak gadis menyerbu kedai kedai runcit untuk mendapatkan beg tangan wasatiyah yang laris terjual..!
Inilah contoh bagaimana pemimpin, isteri dan anak anak mereka mampu mengubah pola pemikiran rakyat hasil dari sikap wasatiyah yang telah mereka contohkan selama ini..!
Ibarat kata pepatah...kecik kecik tak nak mampus ~ sudah tua menyusahkan orang..!
Ermmm...kena ke?
Lu Fikir La Sendiri!!!