Memaparkan catatan dengan label yab pm yb tan sri isa samad felda kerajaan bn tanah melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label yab pm yb tan sri isa samad felda kerajaan bn tanah melayu. Papar semua catatan

Ahad, 11 Disember 2011

Isa Samad Mula Menembak Biawak..

Macam macam tafsiran boleh kita andaikan bila melihat gambar diatas, yang jelas semua yang diatas menguntumkan senyuman.

Bagi Yusof Noor boleh lah kita andaikan senyum dalam tangisan apabila terpaksa meninggalkan jawatan tertinggi di salah sebuah syarikat perladangan terbesar dalam dunia.

Mungkin juga senyuman Tan Sri Isa bersamaan dengan senyuman Yusof Noor walaupun bukan berdukacita tapi menangis kerana terpikulnya amanah dipundak beliau yang perlu mempastikan tanah warisan bangsa ini bukan sahaja mampu memberikan keuntungan kepada warganya malah kekal maju dan megah bertuan bagi generasi yang akan datang.

Isa yang kita semua kenal ialah orang UMNO sejak dulu lagi, ketaatan dan kesetiaan kepada parti tidak pernah diragui. Malah nametag yang beliau pakai sejak menjawat jawatan MB dulupun tetap kekal dengan berlambangkan UMNO.

Rupanya kehadiran Isa ke Felda tidak disambut dengan tangan terbuka, pelukan mesra dan jabat tangan hanya merupakan amalan biasa yang didalamnya tersembunyi racun berbisa. Semakin erat Isa didakap, semakin cepat bisa perlu menjerat!

Kehadiran Isa kedalam Felda hanya menyebabkan Felda yang selama ini bebas lepas dengan semangat PAS kian terbatas. Cara Isa yang mahu mempastikan perjalanan Felda terhindar dari unsur pembangkang juga menjadi batu penghalang!

Selama ini dibawah Yusof Noor mereka bukan sahaja boleh 'menghijaukan' Felda. Malah segala urusan diperingkat tertinggi tiada siapa yang berani soal dan campuri. Itu sebab Felda kaya dengan subsidiri! Sebab nak jaga kroni! Kini semuanya susah, kini semuanya nampak salah!

Puak harami yang selama ini menimbun kekayaan sendiri didalam Felda tak pernah resah bila peneroka miskin dan susah! Bagi mereka kekayaan didalam Felda hanya untuk sebilangan dan bukannya hak setiap peneroka Felda!

Puak ini lupa bahawa Kerajaan BN yang diterajui oleh YAB PM DS Najib begitu mengambil berat akan permasalahan yang lama melanda Felda. Makanya penekanan dalam kemajuan dan kekayaan Felda mestilah dilaksana dengan bersungguh sungguh. Oleh kerana itulah juga YAB PM telah menghantar orang yang layak dan bertanggungjawab dalam malaksanakan amanah besar tersebut iaitu YB Tan Sri Isa Samad.

Tan Sri Isa bukan sahaja sedang bergelut dengan biawak biawak hidup yang selama ini meratah Felda malah sedang menembaknya agar Felda tidak lagi menjadi sarang kepada biawak biawak ini...

Lu Fikir La Sendiri!!!

Published with Blogger-droid v1.7.4