Memaparkan catatan dengan label zaid ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zaid ibrahim. Papar semua catatan

Ahad, 9 Mei 2010

Pergi Jahanam Dengan Zaid!!!


Saya Sedia Mengadap Sultan Selangor - Zaid

Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB

PETALING JAYA: Ketua Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim sedia mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memperjelaskan isu yang mendakwanya menghina baginda melalui laman blog baru-baru ini.

Menurutnya, beliau sedia mengadap Sultan Sharafuddin sekiranya diperkenankan baginda.

“Saya sentiasa taat dan hormat pemimpin tertinggi termasuk Sultan Selangor. Tiada niat untuk menghina sesiapa, saya sekadar membuat tafsiran tentang undang-undang negara.

“Saya juga bukan mahu mencabar sesiapa, tetapi sekadar mahu mendapatkan kesahihan undang-undang itu serta penjelasan mengenainya,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini, semalam.

Komen

Rasanya cukup dah isu Zaid ni...laporan polis dah dibuat dan sekarang kita tunggu pihak polis menjalankan siasatan dan selepas itu kita tunggu pulak pihak AG sama ada nak dakwa atau tidak! Ini kerana setakat ini ratusan laporan polis yang dibuat kepada sesiapa yang didakwa menghina Institusi Raja-Raja masih tiada lagi pendakwaan dibuat!

AG agaknya merassakan bahawa isu yang menyentuh Raja Raja Melayu yang dianggap Sensitif oleh Baangsa Melayu, yang mewarisi tanah Melayu ini bukan isu penting! Isu ini mungkin dikepala hotak pejabat AG hanya isu politik! So apa lah sangat kan....

Tapi kalau melayu yang dilihat salah! melayu yang bawa kepala lembu! melayu yang didakwa nak bakar gereja...cepat-cepat pejabat AG Peguam Negara ambil tindakan! sebab? sebab nak jaga sensitiviti kaum! nak jaga keharmonian!

Zaid peminum arak tegar berkuda ni pun dah kalah! dah tak laku! sekarang mencari isu untuk menjaja dirinya agar dilihat penting dan relevan! Zaid sedang menunggang sultan Selangor sebenarnya untuk mengelakkan dirinya tenggelam didalam kemabokan kekalahan tempohari! tinggal kan baruah ni! jangan peduli lagi dengan baruah pengkhianat dan penderhaka ini! kerana apa pun yang kita sebut dan tegakkan bagi Zaid ianya tetap tak betul dan salah! sebab? sebab dia mabok beb!!! dah la mabok sebok berjudi pulak, jadi ada dia peduli!!!

Sendiri Mau Ingat!!!

Rabu, 21 April 2010

PRK HS...PAS Selangor Kencing PAS Pusat!!!


Sudah 5 hari Gendang Perang dipalu di dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor, dalam panas sejuk cuaca, perang poster dah semakin lebat, ceramah BN semakin padat, ceramah pembangkang pulak dah hilang sengat.

Kalau dilihat dengan mata kasar, hari tersungkur nya Zaid Ibrahim bersama wain dan kuda kesayangannya pada 25hb ini sudah semakin jelas. Malah 'kehilangan' unit amal PAS, kumpulan muslimut dan musibat PAS yang selama ini begitu agresif mewarnai setiap PRK boleh dikata langsung tidak dapat dilihat.

Sumber memberitahu, malam tadi dalam Mesyuarat PAS negeri yang dipengerusikan oleh YB Dato Hassan Ali telah kedengaran cakap-cakap dimana PAS negeri Selangor nak membuktikan kepada PAS pusat bahawa PAS negeri berkuasa, berpengaruh dan amat menentukan kemenangan atau kekalahan kuda tungganan Anwar dalam PRK HS ini.

Senang cakap PAS Selangor nak mengajar PAS Pusat bahawa selama ini isu-isu yang diperjuangkan oleh Pesuruhjaya PAS negeri yang begitu ditentang dan dipersalahkan oleh PAS pusat hanya kerana begitu 'mengimani' gerombolan ronnie liew dan khalid gagap. Luka yang bernanah ahli dan kuda belang PAS di Hulu Selangor dimana kubu kuat kepada Dato Hassan Ali sebenarnya tidak sembuh.

"PAS yang mempertahankan Beer tetap Beer pasti akan menolak Zaid! PAS yang menolak kandang Teresa Babi 100 ekar pasti tidak akan turun mengundi! dan yang lebih penting pengikut PAS yang terkilan dan marah akan tindakan amaran yang dikenakan kepada Hassan Ali juga tidak akan turun mengundi pada Ahad ini" jelas sumber tersebut.

Anwar dah sakit kepala, Zaid dah nak jual kuda, Pengundi tegar dah mula loya, Hassan Ali nak bagi tau dunia, PAS Selangor ada kuasa, PAS pusat akan merah mata...

Minyak Situang-tuang
Tuang Mari dalam Kuali
PKR parti temberang
Tak kan kami bagi undi!

Lu Fikir La Sendiri!!!