Selasa, 2 Februari 2010

Idea Boleh Gila! Tapi Kerajaan Jangan Jadi Gila!!!


Pada Khamis 28hb Januari yang lalu PM Najib telah membuka lembaran baru 1Malaysia dengan pelaksanaan Model Ekonomi Baru dan pencapaian hasil Program Transformasi Kerajaan (GTP). Banyak cadangan dalam menambahbaik 6 teras utama NKRA tersebut, namun yang menjadi polemik dan persoalan besar dikalangan rakyat terutama orang Melayu apabila ada cadangan berikut:

Dalam memupuk kerajaan 1Malaysia, adalah dicadangkan supaya penyataan bangsa dalam borang kerajaan dihapuskan kecuali untuk tujuan bancian dan perangkaan.

Siapa jua boleh memberikan cadangan! Biar dari individu atau dari sekumpulan yang yang dikatakan pakar berfikir dan mencanai sesuatu perkara didalam makmal hingga 5 pagi! Kerajaan 1Malaysia perlu faham akan keresahan dan ketidakpuasan hati orang Melayu terhadap sikap kerajaan kepada rakyat majoriti negara ini.

Kerajaan perlu sedar betapa orang Melayu dan Islam merasa kerajaan tidak tegas dalam menangani isu agama dan bangsa! Kerajaan Perlu insaf bahawa orang Melayu dan Islam dalam negara semakin berasa jauh hati melihat sikap dayus, bertolak ansur melebihkan kaum lain dalam pentadbiran negara!

Idea boleh gila tapi kerajaan jangan sesekali gila menuruti semua cadangan gila tersebut kerana rakyat terbanyak masih lagi waras menimbang dan memilih kerajaan yang benar-benar amanah dan bertanggungjawab kepada agama dan bangsanya tanpa menafikan bangsa lain seperti mana yang diamalkan selama ini!

Sendiri Mau Ingat!!!