Selasa, 2 Februari 2010

Idea Boleh Gila! Tapi Kerajaan Jangan Jadi Gila!!!


Pada Khamis 28hb Januari yang lalu PM Najib telah membuka lembaran baru 1Malaysia dengan pelaksanaan Model Ekonomi Baru dan pencapaian hasil Program Transformasi Kerajaan (GTP). Banyak cadangan dalam menambahbaik 6 teras utama NKRA tersebut, namun yang menjadi polemik dan persoalan besar dikalangan rakyat terutama orang Melayu apabila ada cadangan berikut:

Dalam memupuk kerajaan 1Malaysia, adalah dicadangkan supaya penyataan bangsa dalam borang kerajaan dihapuskan kecuali untuk tujuan bancian dan perangkaan.

Siapa jua boleh memberikan cadangan! Biar dari individu atau dari sekumpulan yang yang dikatakan pakar berfikir dan mencanai sesuatu perkara didalam makmal hingga 5 pagi! Kerajaan 1Malaysia perlu faham akan keresahan dan ketidakpuasan hati orang Melayu terhadap sikap kerajaan kepada rakyat majoriti negara ini.

Kerajaan perlu sedar betapa orang Melayu dan Islam merasa kerajaan tidak tegas dalam menangani isu agama dan bangsa! Kerajaan Perlu insaf bahawa orang Melayu dan Islam dalam negara semakin berasa jauh hati melihat sikap dayus, bertolak ansur melebihkan kaum lain dalam pentadbiran negara!

Idea boleh gila tapi kerajaan jangan sesekali gila menuruti semua cadangan gila tersebut kerana rakyat terbanyak masih lagi waras menimbang dan memilih kerajaan yang benar-benar amanah dan bertanggungjawab kepada agama dan bangsanya tanpa menafikan bangsa lain seperti mana yang diamalkan selama ini!

Sendiri Mau Ingat!!!

18 ulasan:

  1. Yes - sendiri mau ingat la . 66% drp rakyat negara ini terdiri drp Bumiputra . Hak kami Jaga dulu ....janganlah lembik sangat ....Nanti tahulah kami memilih dalam PRU ke 13 ...

    BalasPadam
  2. Najib janganlah jadi bodoh sangat menurut segala permintaan kaum minoriti!
    Orang Melayu dah bosan dgn tindakan Kerajaan yg sangat terlalu melayan segala tuntutan kaum minoriti.
    Hati dan hak orang Melayu tak dijaga.
    Jangan terkejut bila UMNO akan jadi sejarah di PRU13 nanti!

    BalasPadam
  3. DSN diharapkan jangan menjual atau melupus syarikat2 GLC atau kepentingan kerajaan dalam syarikat GLC kepada pihak swasta.

    Tindakan itu sama dengan tindakan menjual aset negara.

    Bila semua GLC dah kena jual pada kaum 'cha', akan datang takde dah lagi tempat untuk orang melayu. Hasilnya jangan harap la NKRA yang dicanang2 tu bermanfaat pada orang Melayu.

    Satu Malaysia tu Satu Malaysia jugak..jangan pi gadai hak orang Melayu pulak..hak kaum 'cha' tak usik..makin bertambah ada la..

    BalasPadam
  4. Bila nak sedar..sampai dah dipanggil bacul pun masih tak mau sedar?jangan terlalu sibuk menjaga orang yang tidak pernah kisah pasal ketuanan kita sampai sambai orang-orang Melayu naik meluat..PERKASA nampaknya dah makin digemari..

    BalasPadam
  5. Kalau Karpal Singh mengeluarkan ayat 'langkah mayat saya dulu' seandainya Pas bercita2 nak buat negara islam.

    Maka jgn la pula dipersoalkan, jika nanti berbondong-bondong Melayu sejati di M'sia ini akan melaungkan 'langkah mayat kami dulu' jika kedaulatan bangsa kami dinodai!!

    BalasPadam
  6. sayang anak tanggan2kan,,,, sayang isteri tinggal2kan... sayangkan negara, bangsa dan agama cam mana plak?

    BalasPadam
  7. SLM BRO..KITA TAK PERLUKAN LAGI MELAYU PENGKHIANAT MCM 'ANAL'WAR. HARAP2 KERAJAAN LEBIH PEKA TERHADAP 'SILENT MAJORITI'. TAK BERSUARA BKN BERMAKNA RELA

    BalasPadam
  8. salam putra!

    Kerajaan sekarang sedang memancing sokongan kaum lain, tapi cara kerajaan buat ni, kadang2 kita nampak berlebihan sehingga mengabaikan yang sepatutnya. Kita harap kerajaan sedar akan hal tersebut!

    BalasPadam
  9. SALAM ANON 941,
    SETUJU dan TERIMA KASIH

    BalasPadam
  10. Salam Mohd,
    mudah2an Kerajaan sedar akan kerisauan ini dan segera membetulkannya, maka kita semua akan lebih mudah dan bahagia menghadapi PRU ke 13.
    terima kasih

    BalasPadam
  11. salam anon 1127,
    setuju bro, maksud dan hasrat untuk menjual GLC seperti mana yang disebutkan oleh husni tempohari pun masih tidak jelas akan sebab kenapa dan mengapa serta kepada siapa GLCs ini mahu di GADAI kan...kalau salah percaturan kerajaan maka kerajaan juga yang akan ter GADAI nanti....INGAT!!!
    terima kasih

    BalasPadam
  12. salam JebatBerkokok,
    bila dah hilang baru sedar agaknya, waktu tu dah terantuk baru nak terghadah...tak guna!
    Perkasa semakin mendapat tempat...yes penulis setuju!
    terima kasih

    BalasPadam
  13. salam mawar berduri,
    setuju bahawa kita semua yang mempunyai jati diri melayu tulen tidak akan sewenang-wenang memberikan tanah tumpah darah ini jatuh ketangan orang lain....
    KAMI LAHIR DISINI! KAMI HIDUP DISINI! DAN KALI AKAN MATI DISINI!!!
    terima kasih

    BalasPadam
  14. salam hero kecik,
    hanya darah dan nyawa menjadi taruhannya!!!
    terima kasih

    BalasPadam
  15. salam bro Jeffry,
    cukuplah! Anwar dan pengkhianat negara yang lain menjual dan menggadai negara!
    Majoriti Melayu senyap dan memerhati akan apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan secara dekat dan serius!
    terima kasih

    BalasPadam
  16. Salam MC,
    mudah2an kerajaan sedar! sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna!
    terima kasih bro

    BalasPadam
  17. Bro, cuba tanya diri lu sendiri..."aku nie bangsa Melayu atau Malaysia" ??

    Pasti gila kalau lu ngaku lu bangsa "Malaysia". Ini kerana Malaysia adalah Negara dan Melayu adalah bangsa. Di Amerika pun orang putih akan ngaku samada dia Spanish, English atau Caucasian.

    BalasPadam
  18. salam anon 2039,
    setuju bro, jangan menang sorak kampung tergadai, anak cucu kencing kubur bro!
    terima kasih

    BalasPadam