Khamis, 21 Ogos 2014

HOT ~ Husam Sokong Anwar Jadi MB Kelantan?


Apa macam? gila sangat nak kuasa..! PAS pun bukan berani..! Kalau lontarkan cadangan ni pasti Husam dan kuncunya akan sokong..! 

Ambik ajer la kerusi tu macam ko buat di Selangor..!

Lu Fikir La Sendiri!!!


KOTA BAHARU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Abdullah Ya'kub akan menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Pengkalan Kubor kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secepat mungkin.

Beliau berkata pihaknya masih menunggu pengesahan rasmi mengenai kematian Adun berkenaan Datuk Noor Zahidi Omar awal pagi Rabu.

"Buat masa ini kita fokus kepada proses membawa balik jenazah ke tanah air kerana Allahyarham meninggal dunia di luar negara.

"Namun jika jenazah dibawa pulang hari ini dan kita mendapat sijil kematian, kita akan segera memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan DUN berkenaan selewat-lewatnya esok," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Surat warta kekosongan perlu dihantar ke SPR bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari selepas ia diwartakan.

Noor Zahidi, 57, meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, hari ini.

Allahyarham yang menjadi Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua Umno bahagian Tumpat selama empat penggal meninggal dunia pada 5.45 pagi.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Beliau berkata berita mengenai kematian Noor Zahidi dimaklumkan kepadanya oleh keluarga Allahyarham pagi tadi.

"Saya dimaklumkan sebelum waktu Subuh oleh keluarga Allahyarham sendiri dan kita mengucapkan takziah kepada keluarga beliau atas pemergiannya itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya mengharapkan segala perkhidmatan Allahyarham sebagai Adun Pengkalan Kubor dihargai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan