Rabu, 7 Januari 2015

Subra Terkejut ~ Kita Lagi Terkejut..!

senyum..! senyum ada makna tu..!
Dah kalau Timbalan Presiden pun terkejut..! Ahli MIC yang kat estet estet tu lagi juling la dibuatnya..!

Timbalan Presiden MIC Datuk Dr S Subramaniam "terkejut" dengan keputusan presidennya Datuk Seri G Palanivel yang bertindak sendirian bertemu dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung pemilihan semula parti.

"Saya rasa terkejut dengan pendedahan bahawa presiden telah bertemu dengan ketua pengarah ROS bersama-sama dengan Senator V Subramaniam (lebih dikenali Barat Maniam) dan memajukan sepucuk surat mewakili MIC pada 24 Disember," katanya.

Subaramaniam sebelum ini banyak berdiam dan dilihat menyimpan kritikan terhadap bosnya – yang kini berdepan asakan dalaman parti.

Dalam mesyuarat tergempar MIC pada 18 Disember lalu, parti itu bersetuju bahawa Subramaniam mesti menemani Palanivel untuk bertemu ROS.

Bagaimanapun, Palanivel bertindak sendirian apabila menghubungi ROS, termasuk menulis surat kepada badan itu pada 2 Januari lalu untuk membuat rayuan memanjangkan tempoh pengendalian pemilihan semula.

Subramaniam juga berkata Palanivel tidak menjawab permintaannya untuk mengadakan mesyuarat dalam tempoh beberapa minggu ini.

Makin rosak la maknanya MIC ni..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. Hancurlah MIC.dah elok Ahli yang dahulu terutama A.Pakash Rao mempunyai misi dan Visi terhadap pendidikan dan banyak jasa dia,dibuang pulak diganti dengan Ahli Estet mana pulak..pasal kroni...emm..hancur lah..

    BalasPadam
  2. Mana lebih dulu hancur, UMNO atau MIC..? Sindromnya nampak sama..

    BalasPadam
  3. Bagi pendapat saya yang tak seberapa ini penyelesaian yang paling dinamik adalah dengan menggabungkan mic Dan umno.

    BalasPadam
  4. habis rosak...mca dah lingkup..now mic pasni umno

    BalasPadam
  5. lagi cantik kalau mic join pkr..habis citer..ashik mintak bantuan saja tapi undi bagi kat pkr.

    BalasPadam