Rabu, 21 Oktober 2015

Teka Teki Kuli..!


Orang lama la katakan..! Tentu jurusnya lebih lembut dan tersusun..! Penuh dengan kebijaksanaan..!

Ahli Dewan Rakyat mempunyai hak untuk memberi pendapat mereka berkenaan hal kepimpinan negara.

Ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Ahli Dewan Rakyat hanya merupakan alat untuk membela kepentingan rakyat.

"Apa yang disuarakan adalah suara bagi pihak rakyat," kata beliau ketika diminta memberi pandangan mengenai usul undi tidak percaya yang dirancang untuk dibentangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Itu terpulang kepada mereka. Saya tidak terlibat dengan usul ini.

"Ahli Dewan Rakyat bebas memberi pendapat dalam soal ini kerana seorang yang diangkat menjadi Perdana Menteri melalui perlembagaan adalah individu yang mendapat keyakinan sebahagian besar mereka yang berada dalam Dewan Rakyat.

"Jadi kalau sokongannya sudah terhakis, maka dia gugur. Itu adalah semangat perlembagaan," kata Razaleigh, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang.

Apabila ditanya sama ada beliau akan mengundi jika usul tersebut dibentangkan di Dewan Rakyat, Razaleigh memberi jawapan sinis.
"Perlukah saya?"

sumber

Perlu ker??? atau Kuli nak guna 'jalan lain' yang pernah disuarakan tu..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Ku Li jawapan nya..anda diperlukan bersuara untuk rakyat.PRU 14 umno dah x perlukan kamu lagi,biarlah kamu pergi dgn tinggalkan jasa bakti terhadap rakyat.Jasa mu biar rakyat kenang.Umno kami akan kuburkan dari bumi Malaysia bersama najib rosmah

    BalasPadam