Memaparkan catatan dengan label 1mdb bandar malaysia dpmm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1mdb bandar malaysia dpmm. Papar semua catatan

Rabu, 6 Januari 2016

Apa Pulak Tunggu Hari Pembalasan Ni Habib..!


Bak kata dialog P.Ramlee dalam Seniman Bujang Lapok ~ Betul punya marah kawan tu yer..! Ini la gambaran yang dapat dijelmakan didalam minda apabila membaca kenyataan Pak Habib ni..!

Sebagai umat Islam kita semua percaya bahawa adanya hari akhirat..! Wujudnya hari pembalasan..! Tak kurang 17 kali kita membacanya setiap hari apabila sampai kepada ayat 'Tuhan Yang Menguasai Hari Pembalasan' didalam Fatihah..!

Soalnya apakah kita sekadar percaya atau sebenar benarnya kita yakin dan percaya bahawa adanya hari pembalasan..! Kerana percaya dengan yakin itu lah yang dipanggil iman..!

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) hari ini mengingatkan Putrajaya mengenai tanggungjawabnya susulan penjualan aset milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada syarikat China baru-baru ini. 
Presidennya Datuk Dr Syed Ali Alattas berkata, DPMM tidak mempunyai kaitan dengan perkara itu kerana ia melibatkan "orang besar", tetapi hanya memberi peringatan berhubung amanah yang dipegang pentadbiran negara. 
"Tidak ada apa-apa. Ini terpulang kepada yang memikir, dialah yang bertanggungjawab," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
"Dewan tiada kuasa pun. Tidak pernah mimpi pun nak dapat. Kuasa ini orang besar semua yang dapat, dia juallah," kata Syed Ali (gambar, kanan) ketika diminta mengulas penjualan aset 1MDB seperti penjana tenaga bebas (IPP) dan Bandar Malaysia kepada syarikat China. 
"Tapi ingat, 'at the day of reckoning, heads will roll' (di hari pengadilan, hukuman akan dilaksanakan)," katanya, memetik kenyataan yang pernah digunakan bekas perdana menteri Allahyarham Tun Razak Hussein. 
1MDB sebelum ini melaksanakan perjanjian jual beli saham dengan menjual 60% ekuitinya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd (BMSB) kepada Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).
Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkata konsortium yang dikenali sebagai IWH-CREC Sdn Bhd itu adalah hasil usahasama 60:40 antara IWH an CREC.
IWH merupakan pemaju utama Flagship A Koridor Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Iskandar yang merupakan perkongsian awam-swasta antara Credence Resource Sdn Bhd (60%) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (40%), dimiliki kerajaan negeri Johor.
Itu sebab ada beza Muslim dan Mukmin..! beza Muslimah dan Mukminah..!
Muslim ialah orang lelaki yang beragama Islam sementara Mukmin pula ialah orang lelaki yang beragama Islam dan BERIMAN..!
Kita sekadar Muslim atau Mukmin???
Lu Fikir La Sendiri!!!