Dilaporkan...
Syarikat UAE International Petroleum Investment Company (IPIC) dilaporkan tidak menerima bayaran cagaran AS$1.4 bilion yang dijanjikan oleh 1MDB, lapor The Wall Street Journal (WSJ).
Dana itu dikatakan sebahagian daripada rundingan 2012, iaitu IPIC dijamin AS$3.5 bilion dalam bentuk bon 1MDB, sebagai tukaran kepada pegangan 49 peratus dalam aset tenaga dan bayaran cagaran.
Draf laporan ketua audit negara berkaitan akaun 1MDB dilapor menunjukkan bayaran cagaran dibuat kepada anak syarikat IPIC, Aabar Investments PJS, penyata kewangan yang disatukan IPIC sendiri tidak mempunyai resit pembayaran.
Akhbar kewangan Amerika Syarikat (AS) itu berkata perkara itu disahkan oleh dua sumber berasingan.
Menurut WSJ, jurucakap UAE Ibrahim Al Abed dan dutanya ke Amerika Syarikat enggan mengulas isu bayaran cagaran itu.
Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri (PMO), IPIC dan Aabar setakat ini belum menjawab soalan WSJ.
WSJ juga melaporkan pasukan baru IPIC kini sedang menyiasat tindakan dan hubungan pengurus-pengurus sebelum ini dan 1MDB.
Malaysiakini juga telah menghubungi PMO, 1MDN dan IPIC dan sedang menunggu reaksi mereka.
1MDB dalam reaksi segeranya semalam melaporkan...
1Malaysia Development Bhd mengkritik Wall Street Journal (WSJ) kerana menggunakan maklumat sulit daripada siasatan jawatankuasa parlimen, yang masih belum dibentangkan di Parlimen.
"Kami terkejut apabila penerbit ternama seperti Wall Street Journal dengan jelas akan menggunakan maklumat sulit dalam laporan mereka.
"Kami secara khusus merujuk kepada WSJ yang mengesahkan bahawa ia telah mengkaji 'transkrip prosiding', daripada satu jawatankuasa parlimen yang menyiasat 1MDB, di mana satu-satunya sumber yang mungkin adalah pendengaran Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) terhadap 1MDB.
"Peraturan Mesyuarat Parlimen Malaysia dengan jelas menyatakan bahawa 'bukti yang diambil sebelum sebarang Jawatankuasa Pilihan dan sebarang dokumen yang dikemukakan kepada Jawatankuasa itu tidak boleh disiarkan oleh mana-mana ahli Jawatankuasa, atau oleh mana-mana orang lain, sebelum Jawatankuasa membentangkan laporannya kepada Dewan," kata 1MDB dalam satu kenyataan pada Rabu.
Balik balik bocor sana bocor sini..! soal pendedahan yang dibongkar tu tak pulak dijawab..! Dari mula lagi semua persoalan yang dibangkitkan dikatakan dari sumber yang 'bocor'..! Kalau betul bocor mana yang benar? mana yang tak bocor???
Macam cerita CCTV kita dulu tu... penyelewengan dan kesalahan yang dapat ditangkap oleh CCTV tak pulak dibicarakan..! Tiada pulak pendakwaan malah dilihat cuba ditutup dan di sembunyikan..!
Yang salah ialah CCTV yang dikatakan takde permit dan tidak mendapat kebenaran untuk menangkap siri jenayah yang berlaku..! Yang kena tangkap CCTV..! Yang didakwa CCTV..! Yang dipecat CCTV..! Yang kena bubar, kena serbu, kena pindah kena itu kena ini..!
Ini la rupanya transformasi tu yer..? Penjenayah tangkap Polis??? Tak gitu?
Lu Fikir La Sendiri!!!
