Memaparkan catatan dengan label 1mdb bangsat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1mdb bangsat. Papar semua catatan

Khamis, 28 April 2016

1MDB ~ Masaalah Dalaman Kepala Bana..!


Setelah menafi dan mengelak..! seluruh jentera kerajaan termasuk para pemakan dedak dipaksa untuk menyanyikan laungan suci murni 1MDB..! 1MDB penyelamat..!Setelah membubar, membuang, mencantas, menggantung dan yang sewaktu dengannya..! Setelah laporan PAC yang di 'audit' oleh Pengerusinya sendiri..! 

Setelah dunia dan rakyat bangkit mempersoal..! setelah kaki terikat..! setelah terdedah..! setelah tersirna..! tiba tiba kata itu masaalah dalaman..! itu masaalah mereka..!

Woii..itu duit negara..! itu duit rakyat..! Jangan biadap dan kurang ajar dengan kenyataan tak bertanggungjawab..! Kenapa Arul tak report Polis? report SPRM? mana kertas siasatan sebelum ini? kenapa tiada lagi tangkapan dan siasatan yang dihadapkan keatas Shahrol?

Rakyat bukan bangsat..! Rakyat adalah 'tuan' kepada tanahair tercinta ini..! Anggota kerajaan adalah pemegang amanah yang diberikan oleh rakyat..! hak rakyat..! harta rakyat..! bukan harta pusaka dan harta mak bapak dia orang..!!!

1MDB: Kehilangan berbilion isu dalaman bagi IPIC selesaikan

1MDB hari ini berkata dana AS$3.5 bilion yang dibayar oleh firma pelaburan Malaysia itu tetapi tidak diterima oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) adalah "masalah dalaman" untuk diselesaikan oleh firma milik Abu Dhabi itu.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkata ini kerana dana Malaysia itu berurusan secara langsung dengan eksekutif kanan IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS.
"1MDB menegaskan bahawa ia berurusan dengan eksekutif kanan, justeru urus niaga itu mengikat IPIC dan Aabar Investments PJS sebagai syarikat korporat - maka, ia adalah isu dalaman mereka untuk diselesaikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini
Adalah dilaporkan bahawa penyiasat antarabangsa percaya wang berkenaan terpesong daripada 1MDB kepada sebuah syarikat di Kepulauan British Virgin yang mempunyai nama yang hampir sama dengan Aabar Investments PJS tetapi tidak mempunyai sebarang kaitan dengan IPIC.
Wang berkenaan adalah sebahagian daripada deposit yang sepatutnya dibayar oleh 1MDB kepada Aabar Investments PJS sebagai jaminan untuk dua bon yang diterbitkannya.
Ia juga sebagai bayaran bagi penamatan pilihan untuk Aabar melanggani 49 peratus pegangan dalam aset kuasa milik firma pelaburan Malaysia itu.
Walau bagaimanapun, Arul Kanda berkata 1MDB akan membantu dalam menyelesaikan perbezaan pendapatnya dengan IPIC.
"1MDB tidak akan menjauhkan diri dan berharap untuk menyelesaikan pertikaian ini bersama IPIC melalui perbincangan dan jika perlu ke timbang tara, untuk memastikan penyelesaian segera, demi kepentingan semua pihak berkepentingan.
"Dalam pada itu, 1MDB akan terus memberi kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia dalam siasatan yang sedang dijalankan ke atas syarikat itu.
"1MDB sentiasa berpendirian dan terus mengekalkan pendirian bahawa jika ada bukti salah laku ditemui, maka tindakan perlu diambil, menurut undang-undang," katanya.
Ketika kontroversi berbilion dolar yang hilang itu, IPIC enggan memenuhi peranannya sebagai penjamin bon 1MDB dengan membayar faedah.
Ini menyaksikan keingkaran di pihak 1MDB semalam selepas IPIC tidak membayar faedah AS$50 juta ke atas bon jaminannya itu.
Mana para Menteri pengampu? mana para penjilat? bangkit dan desak agar kehilangan duit rakyat ini dipulangkan semula kedalam kantung negara..!
1MDB kalau benar nak tolong...dedahkan semua dokumen..! dokumen yang dikeluarkan oleh The Edge, WSJ dan yang lain lain boleh dijadikan rujukan..! 1MDB perlu bekerjasama dengan pihak Switzerland, Singapore, Peranchis, Australia, Hong Kong dan lain lain..! Buat gerakkan secara besar besaran..! Dedahkan dalang dan kepala bana..! heret ke muka pengadilan..!
Mana Jho Low? Mana Suboh? Mana Nik Faisal? Mana Casey Tang? Mana Jasmine? Kenapa PDRM tak minta bantuan Interpol mengesan mereka ini???
Gabenor Bank Negara yang baru perlu diberikan ruang yang seluas luasnya untuk mengambil tindakan ke atas 1MDB..!
Jangan pulas telinga..! Jangan pijak kepala? Semata mata nak jaga kepala bana..!!!
Ada maruah ke?
Lu Fikir La Sendiri!!!

Rabu, 23 September 2015

1MDB Melampau..!


APabila terlalu berkuasa..! terlalu besar kepala..! kenyataan siapa pun 1MDB tidak akan terima..! 

Tentulah bersebab kenapa Gabenor Bank Negara berkata demikian..! 

1MDB tidak boleh ditegur jauh sekali di sentuh..! Siapa sahaja yang sentuh dan tegur..alamat gugur..!

1Malaysia Development Bhd menyuarakan rasa kesalnya ke atas kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang seolah-olah menyebut syarikat pembangunan strategik itu sebagai penyebab ringgit lemah.
Penyusutan nilai ringgit dan mata wang lain disebabkan oleh kejatuhan mendadak minyak mentah, unjuran kadar peningkatan kadar faedah US serta kelembapan ekonomi dunia dalam pasaran pesat membangun, katanya.
"Berdasarkan fakta sejarah, belum ada satu syarikat pun yang dikaitkan sebegitu rupa kepada nilai ringgit. Kami yakin fakta yang dikongsi oleh 1MDB dan penjelasan segera yang dikeluarkan setakat ini, akan memberikan penjelasan dan jaminan kepada semua pihak berkepentingan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenapa Najib begitu melindungi 1MDB???

Lu Fikir La Sendiri!!!