Memaparkan catatan dengan label 1mdb nazir razak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1mdb nazir razak. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Julai 2016

DOJ US ~ Apa Kata Adik Najib?


Sekali lagi...bukan kita yang kata..!

Siapa yang kata???

Layan...

Nazir: Edge digantung kerana siarkan apa AS kata sekarang

Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak menyatakan bagaimana The Edgepernah digantung kerana menyiarkan mengenai dakwaan aliran dana 1MDB, yang diulang semalam dalam saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) untuk menyita harta dan aset yang dikaitkan dengan dakwaan skandal dana tersebut.
"Tepat 12 bulan yang lalu, tajuk ini menyebabkan mereka digantung.
"Hari ini, peguam negara AS mengatakan perkara yang hampir sama," tulis adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu, dalam satu catatan Instagram malam tadi.
Komen ini dibuat bersama dengan gambar artikel muka depan yang menyebabkan akhbar perniagaan itu menghadapi masalah dengan pihak berkuasa.
Nazir berkata artikel 'How Jho Low and PetroSaudi cheated Malaysia out of RM1.83b cash (and RM400m million paper profit) with help from 1MDB executives', memperincikan dakwaan yang sama mengenai penggunaan aliran rangkaian bank dan akaun untuk menggelapkan pemindahan wang rakyat dari 1MDB ke tangan swasta.
Walaupun beliau tidak menyebut tentang abangnya dalam catatan tersebut, Nazir menyentuh secara tidak langsung apa yang pengkritik dakwa sebagai kegagalan pentadbiran Najib.
"Demokrasi bukan hanya tentang pilihan raya, ia juga mengenai integriti institusi, kedaulatan undang-undang dan kebebasan media," kata Nazir dalam catatan itu.
Najib telah menegaskan bahawa semua tindakan terhadap 1MDB dilakukan oleh mereka yang berusaha untuk menyingkirkan beliau daripada jawatannya yang dipilih secara demokrasi, walaupun pentadbiran beliau menyaksikan Malaysia di tahap paling rendah dari segi integriti institusi kerajaan dan kebebasan media.
Malah, ini bukan kali pertama Nazir mengkritik pentadbiran abangnya itu di media sosial.
Sebelum ini, beliau telah mencatatkan mesej-mesej lain dengan maksud tersembunyi di Instagram, dan mendapat pujian beberapa pihak tetapi mengecewakan mereka yang mahu beliau mengatakan apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh beliau, bagi membantu membetulkan perkara itu.
Kebenaran tidak mengenal hubungan keluarga beb..! Kertas takkan mampu membungkus api..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Sabtu, 16 Mei 2015

Nazir Razak Pula Desak 1MDB..!


Nampaknya Nazir juga tak mahu ketinggalan..! 

Setelah ramai pihak menyatakan kurang senang dengan isu yang membelit 1MDB kini tiba giliran tokoh koporat yang juga adik kepada PM Najib bersuara..!

Pengerusi CIMB Group Bhd, Datuk Seri Nazir Tun Razak menegur syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang tidak mengambil usaha dalam menangani kebimbangan yang semakin meningkat terhadap dana kewangan badan itu.

Menurut beliau, lembaga yang bertanggungjawab terhadap badan tersebut sepatutnya melantik juruaudit bebas untuk mengesahkan akaun urus niaga yang berkaitan dengan kedudukan kewangan 1MDB dan bukannya menunggu tindakan dari Ketua Audit Negara (AG).

 “Pihak yang bertanggungjawab perlu melantik seorang juruaudit bebas sekarang... Kalau tidak, lembaga pengarah dan pengurusan (pada pandangan saya) perlu meletak jawatan.

"Ia adalah tanggungjawab asas dalam setiap pemimpin bagi sesebuah badan atau perlembagaan. Jika ada unsur penyelewengan atau sebagainya terhadap sistem kewangan, mereka harus bertanggungjawab terhadap perkara tersebut. Tetapi sebaliknya, mereka hanya tunggu tindakan dari AG,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan portal berita tempatan hari ini.

Laporan dari Singapura semalam menyatakan bahawa sebuah konsortium bank-bank yang diketuai oleh Deutsche Bank telah meminta untuk membayar balik pinjaman empat bulan lebih awal daripada tarikh yang sewajarnya.

Menurut laporan itu, pemberi pinjaman mula gelisah selepas keraguan timbul mengenai cagaran pinjaman yang diadakan di sebuah bank asing yang berpangkalan di Singapura.

"Lebih baik mereka letak jawatan dan biarkan orang lain masuk dan ambil alih 1MDB,” katanya lagi.

1MDB merupakan sebuah dana yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.

Presiden dan Pengarah Eksekutif kumpulan 1MDB, Arul Kanda berkata, pihaknya tidak dapat mengulas mengenai pembayaran balik isu bon US $ 975 juta (RM5.1 bilion) kerana ia berkaitan dengan perkara-perkara perbankan sulit.

Semua pihak bercakap mengenai 1MDB..! bercakap mengenainya bukan bermakna meminta Najib berhenti..! Takkan Nazir nak abangnya Najib berhenti?

Lu Fikir La Sendiri!!!