Memaparkan catatan dengan label 1mdb sarawak report. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1mdb sarawak report. Papar semua catatan

Isnin, 11 Julai 2016

Fokus..!


Pendedahan pun kena fokus..! baru real..!

Sarawak Report fokus perjanjian 2012 1MDB
Dalam pendedahan hari keempat berturut-turut megenai laporan sulit ketua audit negara mengenai 1MDB, Sarawak Report meneliti perjanjian pembelian tenaga pada 2012 membabitkan nilai AS$3.5 bilion dengan Goldman Sachs.
Laman sesawang berpangkalan di London itu semalam menerbitkan apa didakwa mereka sebagai ringkasan eksekutif laporan disediakan Tan Sri Ambrin Buang.
Ia turut memasukkan petikan diterjemahkan daripada seksyen 5 ringkasan berkenaan.
Sarawak Report mengaitkan seksyen itu dengan berbilion-bilion dana daripada perjanjian pembelian tenaga oleh 1MDB itu kepada syarikat Aabar.
Ia juga dikaitkan dengan usaha sama sebelum itu dengan PetroSaudi yang didakwa berlaku penyaluran wang kepada syarikat Jho Low, Good Star.
Bagaimanapun Malaysiakini tidak boleh secara bebas mengesahkan sama ada dokumen diterbitkan Sarawak Report itu adalah sahih atau sebaliknya, selain tidak boleh melaporkan kandungannya disebabkan sekatan undang-undang.
Pada 1 Julai lalu The Wall Street Journal melaporkan syarikat berpangkalan di Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) menafikan anak syarikatnya Aabar Investments PJS dijamin mendapat "unit dana" 1MDB di Kepulauan Cayman.
Namun 1MDB dalam kenyataan pada 12 April berkata ia hanya membuat pembayaran kepada Aabar BVI selepas berkomunikasi dengan eksekutif di IPIC, dan yakin kedudukan undang-undang 1MDB dalam perkara itu.
IPIC sejak itu memulakan tindakan undang-undang ke atas 1MDB dan Kementerian Kewangan Malaysia serta membuat tuntutan sebanyak AS$6.5 bilion.
Sarawak Report juga menegaskan peraan dimainkan Goldman Sachs dalam laporan berkenaan.
Pada Khamis portal itu mendedahkan mereka memiliki akses kepada laporan ketua audit negara mengenai 1MDB dan mendedahkan sedikit butiran daripadanya.
Ia berjanji menerbitkan lebih banyak kandungan daripada laporan berkenaan. Sehari kemudian portal itu menerbitan apa yang didakwa mereka sebagai surat "kritikan" daripada Bank Negara Malaysia kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamad dilapor mengesahkan polis akan menyiasat kes berkenaan kerana laporan ketua audit negara diklasifikasi sebagai sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Errr...esok hari SELASA kan???
Lu Fikir La Sendiri!!!

Ahad, 10 Julai 2016

Statement Jer La..!


Banyak sangat dah statement berkaitan isu ni..! hasilnya mana?

IGP siasat kesahihan dokumen audit 1MDB Sarawak Report

Polis akan menyiasat laman web pendedah maklumat, Sarawak Report mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana membocorkan laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB, tetapi hanya selepas mengesahkan bahawa dokumen berkenaan adalah sahih, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.
"Kita tidak pasti jika dokumen yang diterbitkan mereka itu adalah sahih. Jadi biarlah saya berbincang dengan Ketua Audit Negara (Tan Sri Ambrin Buang) terlebih dahulu untuk memastikannya adalah benar-benar laporan audit yang telah diklasifikasikan sebagai rahsia.
"Jika ia benar, maka kita akan menyiasat di bawah OSA. Jadi bertenang dahulu," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Raya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di kediaman rasminya di Putrajaya hari ini.
Siasatan sebelum ni kemana pergi? yang lari ke luar negara bila nak tangkap? PAC minta siasat Shahrul sampai mana sekarang? 
Kalau dokumen tu asli, betul dan benar..ok pergi la tangkap yang membocorkan dokumen kerana ianya dikelaskan sebagai OSA..! TAPI rakyat pun nak tahu bagaimana dengan kebenaran yang didedahkan tu..! yang itu taknak siasat ke?
Patut la anggota dibawah banyak yang 'down' sekarang ni? semua kerana kepala..!
Siapa kepala?
Lu FIkir La Sendiri!!!