Pelik juga kenapa Lembaga Pengarah tak buat report polis..! Penasihat tak buat report polis..!
TPM: Laporan buktikan tiada 'tangan lain
Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB membuktikan bahawa dakwaan wujudnya 'tangan lain' dalam mendapatkan keuntungan daripada syarikat kerajaan itu tidak betul, kata timbalan perdana menteri.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, laporan itu turut menolak dakwaan bahawa seseorang telah mengarahkan transaksi dan perjanjian komersial dalam 1MDB.
"Saya harap isu ini tidak lagi akan menjadi polemik politik dan laporan itu diterima sebagai laporan awam," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Sehubungan itu, beliau menggesa supaya semua pihak termasuk anggota parlimen dari kedua-dua belah pihak menerima hasil laporan tersebut.
Selain itu, Ahmad Zahid yang juga menteri dalam negeri turut meminta supaya siasatan dilakukan terhadap mantan ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak berkaitan.
Sebenarnya siapa jua yang membaca sepenuhnya report PAC berkaitan perjalanan urustadbir 1MDB tentu akan menjumpai pelbagai penyelewengan. Blog ni pun masih lagi membaca dan akan mengeluarkan para demi para laporan tersebut agar pembaca semua tahu bahawa kewujudan penyelewengan dan salah laku yang cukup besar..! Jho Low, Casey Tang, penasihat dan banyak lagi yang meragukan..!
Dari sudut politik Zahid tentu berkata sedemikian, namun Zahid juga tentu mahukan kebenaran dapat ditegakkan..! Itu sebab ayat akhir Zahid yang mahukan Shahrol disasat pasti akan membongkar segala salah laku..!
Mungkin Zahid juga sudah nampak hujungnya..! Zahid sudah nampak bagaimana duit rakyat dikawal selia sebegitu rupa..!
Siapa lagi yang Zahid nampak???
Lu Fikir La Sendiri!!!
