"Jika engkau bersyukur, maka akan kutambahkan (nikmat-Ku), dan jika engkau kufur (ingkar) sesungguhnya siksa-Ku amat pedih."(Ibrahim :7).
Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asia yang masih lagi mengekalkan harga minyak petrol RON95 pada kadar RM1.90 seliter sekalipun berlaku kenaikan harga minyak di pasaran antarbangsa.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional tidak pernah berhasrat memberhentikan bantuan subsidi bahan api itu kepada rakyat.
"Jika tidak diberikan subsidi, harga minyak petrol akan naik RM2.93 seliter dan ini akan membebankan rakyat.
"Pemberian subsidi adalah bagi mengelakkan rakyat daripada menanggung beban berterusan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian cek bantuan pembangunan kerajaan pusat berjumlah RM307,643.56 untuk diagihkan kepada 14 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di kawasan Parlimen Bera, di sini Jumaat.
Ismail Sabri, yang juga Anggota Parlimen Bera, berkata pada tahun ini sahaja kerajaan memperuntukkan RM17 bilion bagi subsidi petrol, diesel dan Gas LPG berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM15 bilion.
"Pemberian subsidi ini membuktikan bahawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional amat prihatin dan membela rakyat," katanya. - BERNAMA
Lu Fikir La Sendiri!!!
Memaparkan catatan dengan label SUBSIDI KERAJAAN BN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SUBSIDI KERAJAAN BN. Papar semua catatan
Jumaat, 30 Mac 2012
Digolongan Manakah Kita Berada?
Sabtu, 4 Jun 2011
BN Dah Lama Berkebajikan Kepada Rakyat & Negara...

1)Petrol RON95- RM1.90, Harga sebenar RM2.33 sen, Jumlah subsidi 43 sen
(Subsidi Kerajaan= RM486 Juta)
2) Gas- RM 26.60 setong, Harga Sebenar RM53.62 sen, Jumlah Subsidi RM27.00 setong (Subsidi kerajaan = 1.43 billion)
3) Tepung Gandum-RM 1.35, Harga Sebenar RM1.80 sen, Jumlah Subsidi 45 sen sekilo
(Subsidi Kerajaan=RM89 juta)
4) Gula-RM 2.30, Harga sebenar RM3.50, Jumlah subsidi RM1.00 sekilo
(Subsidi Kerajaan= RM813 juta)
5) Minyak Masak-RM2.50, Harga Sebenar RM3.50, jumlah subsidi RM1.00 sekilo.
(subsidi kerajaan=RM813 juta)
6) Beras ST15-RM18.00 sekampit, Harga Sebenar RM24.00, Jumlah Subsidi RM 6.00 sekampit, (Subsidi Kerajaan=RM486 juta)
Lepas tu ada pulak pengumuman ni...
Kerajaan dijangka memperuntukkan kira-kira RM4 bilion tahun ini untuk subsidi bahan makanan asas bagi mengekang kenaikan harga barangan itu daripada membebankan golongan berpendapatan rendah, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Jumlah subsidi itu yang meningkat berbanding RM3 bilion yang diperuntukkan pada tahun lepas adalah disebabkan kenaikan bahan-bahan keperluan asas seperti gula di peringkat global yang tidak dapat dielakkan, katanya
LAMA DAH...DARI AWAL MERDEKA LAGI! TAK KECOH PUNNG! PUNG!!! LU
KERAJAAN BN LAKSANA! CAKAP SERUPA BIKIN! BUKAN ASIK CAKAP JER!!!
FIKIR LA SENDIRI!!!
Langgan:
Catatan (Atom)