Memaparkan catatan dengan label UMNO PAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UMNO PAS. Papar semua catatan

Selasa, 6 Januari 2015

Masih Ada Yang Berakal..!


Syukur la..! Cari ler titik persamaan..! Jangan diungkit sebarang perbezaan..! Mudah mudahan penyatuan satu bangsa..! satu agama ini akan berjaya..! amin..!

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Pas dan UMNO telah membuktikan kesediaan untuk mengetepikan agenda politik masing-masing demi membantu rakyat Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir besar yang melanda negeri tersebut baru-baru ini. 

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kerjasama dua parti politik itu telah terjalin melalui penubuhan Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan pada 26 Disember lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas memberitahu, inisiatif itu selaras dengan hasrat rakyat yang mahu melihat UMNO dan Pas berganding bahu dalam menyelesaikan masalah banjir di Kelantan.

“Saya melihat politik itu isu ke­cil malah saya percaya, rakyat sama ada di seluruh negara dan Kelantan bersetuju isu banjir melangkaui sempadan politik.



“Kita di peringkat parti juga sedang cuba mencari jalan untuk mempertingkatkan kerjasama antara dua pihak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki mencadangkan UMNO dan Pas mengambil langkah berani mengetepikan perbezaan politik bagi membentuk jawatankuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan serta kerajaan Pas Kelantan bagi merancang pemba­ngunan semula negeri itu selepas banjir.

Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed manakala Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Fauzi Mamat dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha dilantik sebagai timbalannya.










Nik Mohamad Abduh berpandangan, kerjasama yang ditunjukkan oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Pas Kelantan menerusi jawatankuasa tersebut adalah memuaskan.

“Cuma, kita berharap pelaksa­naan di peringkat akar umbi dapat diperkemaskan agar isu-isu kecil yang pernah berbangkit sebelum ini tidak berulang,” ujarnya.

Beliau turut meminta semua pihak agar tidak saling menu­ding jari termasuk menggunakan media sosial untuk menyalahkan antara satu sama lain tentang punca banjir besar yang melanda Kelantan.









“Kita tidak mahu membangkitkan tentang perkara itu kerana tumpuan utama kita pada masa ini adalah untuk membantu mangsa banjir,” jelasnya.

Sementara itu...




Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan tertutup dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di pejabat menteri besar di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Baru, hari ini.
Muhyiddin tiba pada jam 12.30 tengah hari dan dipercayai pertemuan itu diadakan berkaitan dengan bencana banjir besar yang berlaku di negeri ini baru-baru ini.
Turut hadir dalam pertemuan kira-kira 50 minit itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Khas Bencana Banjir Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Thajudeen Abdul Wahab.
Timbalan perdana menteri yang mengadakan lawatan sehari bagi meninjau keadaan pasca banjir, kemudian mempengerusikan mesyuarat koordinasi pelan tindakan pasca banjir negeri Kelantan di Hotel Sutera Inn Prima pada jam 2 petang.
Muhyiddin yang juga menteri pendidikan kemudian menyertai gotong-royong pembersihan akibat bencana banjir di Sekolah Kebangsaan Tanjung Cenak di Pasir Mas.
Lawatannya berakhir dengan beliau menyertai gotong-royong pembersihan di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang di Rantau Panjang, Pasir Mas. – Bernama
Kalau semua pihak niat LillahitaAla..! InsyaAllah akan berjaya..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Isnin, 13 Julai 2009

PRK Manik Urai...Mengundi BN Adalah 1 Kebajikan, Sebaliknya...?


Esok adalah hari penentu bagi pengundi-pengundi di Manik Urai untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Pergi menunaikan tanggung jawab untuk mengundi itu juga merupakan suatu kebajikan jika diniatkan dengan ikhlas kerana Allah bagi menyempurnakan hak untuk memilih seorang calon wakil rakyat yang mampu membawa kebaikan bukan sahaja kepada dirinya malah kepada seluruh warga demi pembangunan dan kemajuan DUN Manik Urai.

Penulis tidak berhajat nak menghurai panjang lebar cuma nak menyimpulkan tajuk diatas kepada beberapa sebab:

UMNO berjuang menuntut Kemerdekaan bagi membebaskan negara dan rakyat dari belenggu penjajahan sedangkan PAS membelenggu dan menjajah pemikiran ahli agar taksub dan fanatik.

UMNO memerintah negara dengan menggunakan kuasa politik bagi meningkatkan syiar Islam sedangkan PAS memperalat dan memperkudakan agama untuk mendapat kuasa politik.

UMNO sentiasa mempastikan rakyat dan umat mendapat keseimbangan didalam mengejar dunia dan akhirat sedangkan PAS berslogan akhirat semata-mata mengejar dunia.

UMNO membuat dasar bagi mempastikan rakyat mendapat pendidikan agar melahirkan generasi dan umat yang disegani dengan kepakaran yang dimiliki sementara PAS menyempitkan ilmu hanya berkisar kepada ukhrawi yang merelakan rakyat dan umat mundur malah dihina kerana kegagalan membina tamadun bangsa yang hebat.

UMNO mempastikan rakyat sihat dengan bekalan makanan yang cukup dan berkhasiat sedangkan PAS langsung tidak mengusahakannya malah rakyat terpaksa berhijrah untuk mencari makan.

UMNO sentiasa memperuntukkan dana bagi membangunkan dan memakmurkan institusi masjid dan surau sedangkan PAS bukan sahaja tidak membinannya malah memecah belahkan jemaah di dalam masjid dan surau dengan sembahyang dua imam.

UMNO sentiasa meletakkan pembelajaran agama itu penting dan berusaha untuk memajukannya dengan prasarana yang lengkap dan tenaga pengajar yang berpengalaman serta berkelayakkan bukannya menutup pintu SAR dan mempolitikkannya.

UMNO diizinkan Allah untuk menerajui pemerintahan negara selama ini dengan asas perjuangan parti sentiasa dihadapan sedangkan PAS sentiasa gagal malah melacurkan perjuangannya hanya kerana ingin berpolitik dengan berkawan dengan setan-setan yang mereka sendiri namakan.

UMNO Insyaalah akan terus subur dan berkuasa sementara PAS akan hanyut dan tenggelam dengan ketaksuban dan kesesatan yang memperalatkan agama.

Terpulang kepada kebijaksanaan pengundi untuk memilih. Mudah-mudahan Allah memberi taufik dan hidayahnya kepada pengundi di Manik Urai untuk memilih calon yang benar-benar mampu dan bersedia untuk membantu, membela dan benar-benar bekerja demi kesejahteraan rakyat.

Manik Urai perlukan Tuan Aziz kerana beliau datang dari UMNO/BN yang jelas sejarah perjuangannya dan mampu untuk meneruskannya di Manik Urai. Sesuatu yang baharu itu akan binasa dan tentunya jalan-jalan akan rosak, jambatan perlu di selenggara, prasarana perlu dipertingkat, kemudahan perlu disediakan, kehendak semakin memuncak, peluang perlu dibuka dan banyak lagi yang tentunya tidak akan dapat diatasi hanya dengan berceramah dan berceramah...

Bagi lebih 2000 pengundi luar pula jangan lah dikhianati akan nasib dan harapan ibu dan bapa, saudara mara dan keluarga serta penduduk di Manik Urai kerana mereka memerlukan kemajuan dan pembangunan seperti mana yang anda nikmati di luar. Pulang untuk mengundi dengan keinsafan bahawa mereka yang tinggal di Manik Urai wajar dan layak serta berhak untuk mendapat segala kemajuan dan kemodenan yang sama anda miliki di tempat anda bekerja dan tinggal sekarang. Bukannya balik atas ketaksuban yang membuta tuli malah menyebar kerosakkan kepada mereka yang lain pula.

Pulang mengundi dengan niat ikhlas kerana Allah dan menjalankan kewajipan untuk memilih seorang wakil rakyat yang pasti boleh bekerja untuk rakyat dan membangunkan kawasan yang beliau wakili. Itulah tuntutan agama dan menuruti tuntutan agama adalah kerja kebajikan.

Mari Adik Kakok...Pakat Pangkah BN!
Hidup UMNO!