Memaparkan catatan dengan label abu kasim sprm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label abu kasim sprm. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Januari 2016

Nasib Abu Kasim Sama..!


PEMECATAN DAN PENGGANTIAN

1. The Malaysian Insider baru-baru ini melaporkan bahawa Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim mungkin diganti, berdasarkan pada “sumber”.

2. Abu Kassim mempunyai beberapa masalah kesihatan tetapi beliau sendiri berkata bahawa beliau berharap untuk bersara pada 60, umur wajib persaraan. Jelas sekali beliau tidak berfikir bahawa kesihatan beliau akan memaksa beliau untuk bersara dalam masa terdekat ini.

3. Kerajaan mempunyai prosedur tertentu untuk kakitangan yang sakit untuk bersara sebelum mencapai umur persaraan. Suatu Lembaga Perubatan perlu ditubuhkan untuk memeriksa kesihatan sesiapa yang meminta untuk bersara awal.

4. Lembaga ini akan mengeluarkan laporan perubatan yang sewajarnya mengenai keadaan kesihatan orang itu dan mengesahkan beliau adalah tidak mampu untuk bekerja.

5. Jika pelantikan pegawai itu adalah atas titah Yang di Pertuan Agong, maka sijil perakuan hendaklah dikemukakan kepada Agong untuk dipersetujui persaraan itu, dan menandatanganinya.

6. Wujud keraguan dalam kes bekas Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail sama ada prosedur ini telah diikuti. Apabila beliau dibersarakan, Perdana Menteri menyatakan bahawa ini adalah atas sebab-sebab kesihatan. Ghani sendiri menafikan ini walaupun beliau mengalami kegagalan buah pinggang. Seseorang yang menghidapi kegagalan buah pinggang boleh berfungsi untuk tempoh masa yang agak panjang. Ia bukan satu sebab untuk bersara awal.

7. Dan sekarang ini Ghani dilapor akan memulakan kerjaya sebagai seorang peguam. Jelas sekali dia berkeupayaan untuk bekerja.

8. Soalnya ialah sama ada Ketua SPRM juga akan dibersarakan awal atas sebab kesihatan? Telah diketahui bahawa SPRM telah mengemukakan laporannya kepada Peguam Negara. Peguam Negara berkata, beliau akan bertindak secara adil dan saksama. Tetapi beliau memerlukan masa kerana laporannya tebal bertimbun sehingga ketinggian beliau. Berapa banyak masa? Atau adakah Peguam Negara yang akan menentukan sama ada terdapat kes untuk hakim mengadilinya, atau beliau sendiri nanti akan menjadi hakim dan menolak kes itu sepertimana yang dilakukannya dengan laporan Bank Negara.

9. Buat masa ini terdapat defisit dari segi kepercayaan terhadap Kerajaan masa kini dan institusinya. Terdapat banyak sebab-sebab defisit ini berlaku. Dengan hanya menyatakan bahawa semua adalah baik tidak akan bawa Kerajaan ke mana-mana. Tingkah laku adalah lebih baik daripada kata-kata.

10. Penyingkiran Tan Sri Abu Kassim akan hanya meyakinkan rakyat bahawa semua yang sedang dikatakan terhadap Kerajaan adalah benar, bahawa ianya wujud semata-mata untuk mengelakkan kedaulatan undang-undang dikenakan kepada kepimpinan negara.


Amacam?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Khamis, 1 Oktober 2015

Abu Kasim SPRM Warning Siapa..?


SPRM kena buktikan mereka berupaya menjalankan tugas dengan berani, amanah dan penuh ketegasan..! Jangan hanya amaran demi amaran..! Sampai bila SPRM nak tunggu 3 ekor yang lari tu? sampai bila SPRM nak dedah hasil siasatan SRC? sampai mana siasatan isu 1MDB? 

Mana tindakan???

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed hari ini memberi amaran kepada sesiapa yang mencampuri siasatan badan anti rasuah persekutuan itu, kerana mereka tidak akan terlepas daripada diadili.
Katanya, mereka yang melakukan kesalahan, sama ada ahli politik, tokoh korporat atau orang biasa, akan dinilai bukan saja oleh mahkamah tetapi masyarakat umum.
"Kepada pihak yang mahu menghalang siasatan dan kes yang dibicarakan, dunia hari ini sudah berbeza. Anda tidak boleh lari daripada sistem keadilan," kata Abu Kassim dalam ucapannya pada majlis perasmian Kevin Morais Moot Court di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
"Jangan cuba menghalang, mengganggu dan mengekang proses siasatan dan perbicaraan. Anda boleh memenangi perjuangan anda untuk menyembunyikan bukti daripada mata penguatkuasa undang-undang, tetapi anda tidak boleh bersembunyi di mata orang ramai," katanya. 
Berani kerana benar..! 
Lu Fikir La Sendiri!!!