Memaparkan catatan dengan label adnan iban najib kahwin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label adnan iban najib kahwin. Papar semua catatan

Selasa, 15 Mac 2016

Denan Satem Dah Mintak Maap..!


Nampaknya kalut betul gurauan Denan..! Takkan la gurauan sebegitu boleh menimbulkan bala bencana..! kalau bala bencana timbul pun kepada siapa agaknya..!

Sebenarnya siapa yang terkesan hingga Denan mintak maap???
Sarawak Chief Minister Adenan Satem has apologised for joking that Prime Minister Najib Razak get himself an Iban wife, The Star Online reported today.
According to the report, Adenan also explained it was nothing more than a joke, made in a light-hearted manner.
“Even the Prime Minister himself was laughing. He knew it was meant as a joke.
“But if some people are offended by it, I am sorry and I tender my apology,” he said.

Mengikut cerita sahabat kita si Budin...

LAST WARNING UNTUK ADENAN SATEM, JANGAN GURAU MACAM INI LAGI!!

Ini benar-benar tidak patut, tidak wajar dan tidak seharusnya berlaku. Malah sama sekali "tidak beretika"  bila Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem membuat gurauan meminta Najib Razak mencari seorang isteri baru daripada satu etnik di negeri itu.

Walaupun hanya bergurau, ia jelas umpama penghinaan kepada Rosmah Mansor yang selama ini merupakan pendamping setia kepada Najib.

Apa ada kurangnya dengan Rosmah?

Apakah Rosmah tidak menjaga Najib dengan baik selama ini? Bukankah Rosmah sudah menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia - dulu, kini dan selamanya?

Apakah Adenan Satem tidak mengetahui bahawa Kelab Sahabat Najib sudah memberi penghargaan kepada Rosmah baru-baru ini kerana menjaga Perdana Menteri dengan baik serta menjadikannya seorang pemimpin yang hebat?

Tidakkah penghargaan itu menunjukkan jika tanpa Rosmah, tidak mungkin Najib menjadi hebat sebagaimana yang rakyat Malaysia sama-sama lihat sekarang?

Ada faham ke Adenan?

Wahai Adenan, cakap terus-terang, mau jadi Ketua Menteri lagi atau tidak?
Ini last warning...pergi cepat-cepat minta maaf dengan Rosmah dan jangan gurau-gurau macam itu lagi!!

Kami rakyat Malaysia yang sayang Rosmah benar-benar marah dengan gurauan tersebut. Kami sayang Rosmah, kami love Rosmah tau!!

P/s...agak-agak berapa guni dedak boleh dapat kalau bodek macam di atas ini....hehehe (SH 13/032016).

Perkara sebegini hanya membenarkan spekulasi yang berlegar dikalangan rakyat..!

Takkan la gurauan sebegini sampai nak minta minta maaf..! Apa nak jadi laa?

Lu Fikir La Sendiri!!!