Tak tahu nak Tahniah atau Tahziah..! Ini ler natijah apabila buat kerja ikut kata punahsihat..! Bukan soal Ahmad Said MB atau tidak..! bukan juga soal Razif atau siapa juga yang dilantik menggantikan Mad Said..! Mad Said atau Razif atau Jailani Ngah sekalipun yang diangkat jadi MB tapi kalau esok pagi kena kosongkan kerusi dan kuasa di Dewan Negeri buat apa?
![]() |
| stim bukan main lama..tapi kalau baru klimaks dah kena kacau buat apa beb..!!!
Mana pergi kebijaksanaan berpolitik orang Melayu hari ini..!!!
KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.
"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta.
Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.
Surat keluar parti Datuk Seri Ahmad Said yang diemailkan kepada AstroAWANI.
Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali Taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.
Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepadaAstro AWANI.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin.
Surat keluar parti ADUN Ajil, Ghazali Taib yang diemailkan kepada AstroAWANI.
Beliau digantikan olehADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu majlis angkat sumpah.
Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.
Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi.
Baki dua lagi adalah calon bebas.
Persoalan yang bermain difikiran rakyat perlu dihidangkan dengan jawapan yang benar lagi meyakinkan..! sehingga kini persoalan kenapa si Mad Said dibuang dari jawatan MB juga perlu diberikan penjelasan..!
Baru satu malam dah dua kerusi hilang..!
hari ni dan esok kalau ada lagi macam mana..!
Jangan menang sorak tapi
kampung tergadai bro..!!! Akai ada kaa..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
|

