Memaparkan catatan dengan label ainina saman najib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ainina saman najib. Papar semua catatan

Isnin, 21 September 2015

Najib Dapat Arahan Mahkamah..!


Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh diarah oleh Mahkamah TInggi Kuala Lumpur supaya memfailkan pembelaan berhubung saman yang difailkan anggota Umno Langkawi Anina Saadudin pada 1 Oktober.
Ia berhubung sejumlah RM2.5 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib untuk kepentingan parti.
Pada masa yang sama, Najib dan Ab Rauf juga diarahkan oleh mahkamah untuk memfailkan afidavit jawapan pada 6 Oktober terhadap permohonan injunksi mareva Anina untuk membekukan aset Najib dan satu penghakiman pengakuan ke atas presiden Umno itu, telah difailkan pada Jumaat.
Perkara tersebut ditetapkan oleh Pendaftar Norfauziah Mohd Nordin susulan pengurusan kes hari ini.
Mahkamah juga menetapkan kes tersebut disebut pada 26 Oktober di depan Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab.
Anina diwakili peguam Aizul Rohan and Irwan Iswat manakala Nor Emelia Mohd Iszeham dan Norhazira Abu Haiyan mewakili defenden.
Drama baru nak mula..!
Jeng..jeng..jeng..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Sabtu, 19 September 2015

Langkah Ainina..!


Langkah Srikandi..!
Berkerut lagi la nampaknya..!

Bekas wanita Umno Langkawi Anina Saadudin terus mengasak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak di mahkamah.
Beliau hari ini memfailkan permohonan perintah injuksi mareva untuk membekukan aset presiden Umno dan perdana menteri.
Peguam Anina, Hanif Khatri Abdullah, memberitahu Malaysiakini, permohonan untuk membekukan aset Najib itu difailkan pagi ini.
Hanif berkata, pembekuan itu dipohon sehingga kes samannya terhadap Najib sebelum ini dibicarakan.
Anina sebelum ini, mendakwa ahli yang bertindak bagi pihak Umno, menuntut sebahagian daripada wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib kerana ia untuk kegunaan parti Melayu itu.

Langkah drastik itu membuatkan beliau dipecat. Pemecatan itu juga dicabar ke mahkamah.
Dalam kenyataannya hari ni, pembekuan itu, kata Ania, melibatkan penggunaan, pelupusan ataupun penyusutan sebarang asetnya.
Pembekuan dituntut juga melibatkan rumah Najib di Taman Duta, Kuala Lumpur
Baca lanjut di sini
Lu Fikir La Sendiri!!!