Memaparkan catatan dengan label aljazeera altantuya najib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aljazeera altantuya najib. Papar semua catatan

Selasa, 15 September 2015

Demi Maruah Negara..!


Demi mempertahankan maruah negara..! demi menjaga nama baik negara dan Najib sendiri..! 
Al-JAZEERA

1. Kerajaan Najib mendakwa bahawa Al-Jazeera cuba menggulingkan Kerajaan dengan dokumentari setengah jam mengenai pembunuhan di Malaysia. Ia mendakwa tidak ada kebenaran dalam laporan itu.

2. Jika sekiranya Kerajaan fikirkan tidak ada kebenaran dalam dokumentari ini, maka ia perlu menyaman Al-Jazeera kerana menfitnah.

3. Al-Jazeera ditontoni berjutaan orang di seluruh dunia. Kebanyakan akan percaya apa yang mereka lihat. Dengan hanya mengatakan bahawa ia tidak benar boleh meyakinkan sesetengah rakyat Malaysia tetapi tidak akan meyakinkan orang asing.

4. Sesungguhnya semasa Bulan Kemerdekaan Al Jazeera telah menunjukkan dokumentari gemilang mengenai Malaysia, termasuk Perdana Menteri. Penonton mempunyai pilihan untuk percaya mana-mana dokumentari.

5. Dokumentari baru ini bukan akan hanya menghitamkan nama Najib tetapi seluruh negara juga. Tidak menyenangkan diberitahu bahawa Perdana Menteri Malaysia mungkin terlibat dalam satu kes pembunuhan.

6. Najib dan Kerajaan beliau mempunyai tanggungjawab untuk membersihkan nama kita. Bukti perlu diberi bahawa pembunuhan ini, penyembunyian (cover-up), penglibatan polis dan Razak Baginda tidak sama sekali bersalah atas jenayah yang dahsyat ini. Badan Kehakiman termasuk Pejabat Peguam Negara juga perlu membersihkan nama mereka terutamanya yang berkaitan dengan pembebasan Razak Baginda dan rayuan oleh Peguam Negara yang terhad kepada dua anggota polis sahaja. Mereka telah dibicara semula dan didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan.

7. Sudah pun rakyat Malaysia di luar negara ditanya apa yang telah berlaku kepada negara kita. Episod baru ini tidak akan meningkatkan imej negara ini selepas skandal-skandal yang lain.

8. Kerajaan mesti mengambil serious filem dokumentari ini dan cuba untuk membersihkan nama kita. Mengeluarkannya dari Al Jazeera di Malaysia tidak akan mengubah apa-apa. Dokumentari ini telah tersebar luas di Malaysia dan masih ditayangkan di seluruh dunia.


Berapa selasa lagi pulak nak tunggu?

Lu Fikir la Sendiri!!!