Memaparkan catatan dengan label ampu sana ampu sini MT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ampu sana ampu sini MT. Papar semua catatan

Ahad, 27 Mac 2016

Bakal Menteri Tu..!


Hari tu kata hanya Bahagian Pagoh tidak menyokong..! hari tu kata 190 bahagian menyokong berbanding 1 tidak menyokong..! Jadi nak buat apa lagi nak menunjukkan sokongan..??? kenapa? tak percaya ke..!

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata terpulang kepada negeri-negeri lain sekira mahu mengikut jejak langkah Kelantan menandatangani deklarasi menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau menegaskan demikian ketika ditanya sama ada beliau berpendapat negeri-negeri lain juga perlu menandatangani deklarasi sokongan yang sama.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Zahid berkata Deklarasi Kelantan itu pada dasarnya untuk menekankan sokongan kepada perdana menteri, bukan sahaja sebagai perdana menteri tetapi juga sebagai pengerusi BN.
Pada hari Khamis, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bersama dengan wakil rakyat BN negeri itu menandatangani deklarasi itu untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Najib dalam berdepan dengan desakan supaya berundur.
Ketua Penerangan Tan Sri Annuar Musa yang mengumumkan perkara itu berkata, deklarasi tersebut ditandatangani semasa perjumpaan antara Najib dengan pemimpin BN Kelantan.
Ada diberitahu oleh yang ampunya cerita bagaimana para pengampu didalam menyuarat tertinggi apabila mahu memulakan ucapan akan mengatakan 'Sir...i love u sir..! We love u'. Ada juga yang berkata 'Kami semua ada untuk mempertahankan you sir - buang semua yang tidak menyokong'..! 
Ada yang konon bersongkok pulak dengan hadis dan ayat quran. Tak cukup dengan itu merintih merayu dengan nada sedih malah ada ketika mengesat air mata..!
Terbaru kata yang ampunya cerita.. Sir..! We die for you..! perrgh..! Memang terangkat beb..! meleleh..!
Memang boleh terlanggar dinding 'tuan' mereka dibuatnya..! Berayun jer mendengar nyanyian syurga para pengampu..! Terlanggar tiang..!
Macam ni punya ampu..Memang Menteri gamaknya..!
Siapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!