Memaparkan catatan dengan label anwar najib bajet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anwar najib bajet. Papar semua catatan

Isnin, 16 November 2020

Apabila AlJub Tuntut Lobangnya Diiktiraf..!

 

Bajet yang telah di bentang tentunya menuntut untuk di luluskan. Dengan kelulusan yang diberikan maka perjalanan sesebuah kerajaan akan dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. 

Sebenarnya sebagai Ahli Parlimen, Aljub amat memahami lebih lebih lagi sebagai mantan Menteri Kewangan. Kesan jika bajet tidak di sokong dan gagal diluluskan juga Aljub tahu akan kemudaratannya.

Ketua Pembangkang menyifatkan kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berbaur ugutan apabila berkata bayaran gaji dan segala komitmen kepada penjawat awam akan terjejas sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan.

Malah Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap ia merupakan cara untuk mengenepikan suara Ahli Parlimen.

“Menteri Kewangan membayangkan sekiranya Belanjawan 2021 yang dibentang kerajaan Perikatan Nasional tidak diluluskan, maka ia tidak akan dapat membayar segala komitmen termasuk pembayaran gaji penjawat awam dan akan mengesankan para petugas barisan hadapan yang berjuang memerangi Covid-19.

“Saya fikir ini satu kenyataan yang bersifat hambar dan berbaur ugutan serta sebahagian dari rencana untuk mengenepikan suara majoriti Ahli Parlimen. sumber


Zafrul hanya bercakap benar, maka kalau Aljub dan sekutu dengannya mahu mentaati titah YDPA yang mahukan setiap Ahli Parlimen menyokong bajet, mahu perjalanan kerajaan tidak terganggu serta mempastikan rakyat dan negara harmoni dengan pentadbiran kerajaan yang stabil sokong ajer bajet. Itu lah pembuktian bahawa Aljub dan sekutunya mentaatti titah Agung dan mengutamakan rakyat.

Tak gitu?

Siapa lagi sekutu Aljub?

Lu Fikir La Sendiri..!