Memaparkan catatan dengan label arab derma. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label arab derma. Papar semua catatan

Sabtu, 16 April 2016

Arab Derma Flip Flop..!


Jerat tak pernah lupa pelandok..!

Baru Febuari lalu, Menteri Luar Arab Saudi ni cakap...

Laporan: Menteri Saudi tak fikir RM2.6b tu sumbangan

Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir dilaporkan berkata beliau tidak fikir RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah sumbangan politik atau ia berasal dari kerajaan Arab Saudi.
Sebaliknya, menteri itu dilaporkan berkata, wang itu adalah daripada "pelaburan" yang tidak dinyatakan.
Dalam satu laporannya semalam, The New York Times melaporkan Al Jubeir sebagai berkata beliau percaya ia (dari) warganegara persendiran Saudi, dan dana itu pergi kepada satu pelaburan di Malaysia.
Baca laporan tu di sini. Malah ada dua lagi sumber yang mengatakan perkara yang sama..!
Semalam para macai seakan dapat wahyu apabila Pak arab yang sama mengatakan...

Menteri luar Arab Saudi sahkan derma pada Najib

Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengaku bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memang datang dari negara itu.
"Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa peguam negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.
"Justeru, setahu kami, isu itu ditutup," katanya kepada wartawan Malaysia di Istanbul semalam.
Persoalannya..apakah pak arab ni baru terhantuk kepala? baru mendapat ilham? baru menerima skrip? atau baru...baru...barua???

Kenapa tak disebut jumlah? kenapa tak disebut siapa yang derma? kenapa tak disebut siapa yang menerima wang derma yang dipulangkan? Ini kenyataan rasmi kerajaan Arab Saudi ke?
Mungkin juga kerana di Istanbul..bukan di tanah haram..! Kata Mak Melah..!
Mungkin juga kerana harga minyak dah rendah..! Agaknya la..!
Lu Fikir La Sendiri!!!