Memaparkan catatan dengan label arab jho low. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label arab jho low. Papar semua catatan

Rabu, 16 Mac 2016

Derma Pak Arab Lain Kot..!


Sumber boleh jadi macam macam..! Sebab dulu pernah kata takde derma..! bodoh masuk akaun peribadi..! tup tup..! masuk tapi untuk lawan IS..lawan pembangkang..! lepas tu ada ramai arab yang derma..! pastu arab dah mati tapi dapat jumpa..!

Jadi tak heran la lepas ni skrip baru keluar..!

Layan...

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menuntut penjelasan berhubung dana lebih RM1.5 bilion yang dibelanjakan oleh BN pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu.
Mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang mendakwa bahawa BN membelanjakan lebih daripada RM1.5 bilion pada pilihan raya umum itu tetapi dan jumlah berkenaan tidak semestinya datang daripada sumbangan RM2.6 bilion.
Oleh itu, katanya, Idris secara tersirat mendakwa lebih daripada RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Saya mahu beliau (Idris) jelaskan kenyataannya. Bagi saya apa yang diumumkannya itu satu kejutan,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog yang dianjurkan oleh Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) di Puchong hari ini.
"Cara mereka jelaskan adalah bahawa RM2.6 bilion bukannya satu-satunya jumlah wang yang mereka terima. Ini sebenarnya satu pendedahan.
"Mereka perlu jelaskan sendiri siapa lagi yang menyumbang dan berapa banyak yang telah diberikan kepada perdana menteri secara terus ke akaunnya," kata Mukhriz.
Arab sekor kat bawah ni bila nak jumpa dan bawa balik???
Lu Fikir La Sendiri!!!