Memaparkan catatan dengan label bajet JK 2021. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bajet JK 2021. Papar semua catatan

Jumaat, 27 November 2020

Pecutan Pancutan..!


Kelulusan bajet 2021 di peringkat dasar sudah lulus, namun perjalanan untuk meluluskan bajet di peringkat Jawatankuasa yang bakal bermula pada Isnin 30 November sehingga 15 Disember 2020 selama 10 hari perbahasan merupakan jalan berliku yang belum tentu mudah dan kalau tidak di jalani dengan semangat kebersamaan di kalangan anggota PN mungkin ianya boleh membawa rebah.

Anwar sudah menetapkan sasaran, DAP menerusi Anthony Loke juga sudah menggambarkan perancangan, Ahli PKR yang lain juga di lihat tidak mahu ketinggalan. Ini kerja berjemaah yang bakal di lakukan untuk mempastikan bajet 2021 menemui kegagalan.


Semalam memang saat pemanas, sementara Isnin bermula untuk bergerak kemas. Sebagai contoh Kementerian Komunikasi & Multimedia yang menjaga JASA pasti akan ada undi belah bahagian untuk menolak bajet kementerian ini dari di luluskan.

Hakikatnya Anwar tidak mempunyai cukup bilang semalam. Kalau cukup pasti Anwar akan mengarahkan kuda belangnya bangun menentang. Sebagai contoh Abdullah Sani MP Kapar yang diawalnya berdiri ketika Mahfoz Bean mengusulkan belah bahagian kemudian duduk menyandar apabila diberikan arahan. Sebab apa? kerana sehingga semalam Anwar hanya mempunyai kekuatan 108. 

Kalau bangun melawan dan kalah maka terpaksa la Anwar  mengakui bahawa Muhyiddin mempunyai cukup bilang. Muhyiddin ada sokongan dan berhak ke atas kerajaan. Hilang la cerita kerajaan pintu belakang, ghaib la dongengan kerajaan tebuk lobang. Ini yang Anwar cuba elakkan.

Anwar dan kuda belang hanya memikirkan survival politik, tindakan tidak bangun untuk belah bahagian di kritik hebat oleh penyokong. Penentangan terhadap bejat mesti di usaha dan dilakukan. Bukan soal kepentingan rakyat, tahyul kalau kata demi negara, jauh sekali taat perintah Tuanku Al Sultan.


Makanya, jatuh bangun kerajaan PN ini atas kesatuan dan kerjasama erat antara parti gabungan. Kalau ada MP dari kalangan anggota PN yang hilang dari radar ianya merupakan titik hitam yang memungkinkan Muhyiddin padam dan PN jatuh tersembam.

Gua Musang dah menyatakan pendirian. Sementara Pekan masih lagi segan segan. 

Kalau di urut sekali imbas, semuanya berkaitan ketidakpuasan hati peribadi masing masing. Semuanya berkisar kepada sejauh mana masing masing boleh terus selamat dan berupaya untuk kembali duduk di singgahsana kuasa. 

Baik Anwar, Langkawi, Pekan mahu pun Gua Musang. Jauh dari itu ianya merupakan pecutan akhir masing masing untuk sampai ke puncak. Pecutan pancutan. Pecutan yang sama ada berair atau kering selama lamanya. Mereka lemas melihat Muhyiddin basah dan mendesah desah. Masakan Muhyiddin yang di bawah tiba tiba boleh terus memerintah?

Demi agama, bangsa dan negara???

Lu Fikir La Sendiri..!