Memaparkan catatan dengan label bangladesh 1.5 juta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bangladesh 1.5 juta. Papar semua catatan

Khamis, 11 Februari 2016

Siapa Yang Kaut Untung Kemasukan Bangla..?


Buat la apa pun..tapi kalau kepala di atas tu hanya berfikir ringgit dan sen maka apa jua dasar kerajaan akan di lihat dan dinilai dari sudut itu oleh mereka yang memegang tampuk kuasa..!

Pekerja Bangladesh sepatutnya mempunyai sijil bertutur bahasa kebangsaan sebagai salah satu syarat untuk masuk bekerja di Malaysia, kata Perkasa hari ini, mengkritik keputusan Putrajaya meluluskan kemasukan 1.5 juta pekerja dari negara itu baru-baru ini.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata di negara lain pekerja asing hanya boleh datang bekerja sekiranya lulus bahasa kebangsaan negara berkenaan, tetapi tidak di Malaysia.
"Daripada hotel sehingga warung, ambil pekerja asing. Yang menyedihkan, langsung tidak pandai bahasa kebangsaan. Sepatutnya mesti ada sijil boleh bertutur bahasa kebangsaan baru boleh masuk kerja di Malaysia.
"Belajar dulu di negara asalnya. Rakyat tempatan bagaimana? Pengangguran terus meningkat. Kerajaan kena ada dasar yang jelas dan tegas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baru-baru ini, Bangladesh meluluskan draf perjanjian persefahaman (MoU) berhubung penghantaran rakyatnya bekerja di negara ini.
Menurut setiausaha Kabinet Mohammad Shafiul Alam, warga Bangladesh kini boleh bekerja dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan di mana sebelum ini mereka hanya terhad bekerja dalam sektor perladangan, katanya seperti dilaporkan portal berita Bangladesh, bdnews24.com.

sumber
Untuk apa sampai begitu ramai? untuk siapa? bidang kerja apa? kesan pekerjaan kepada rakyat macam mana? Mana analisanya? mana kertas kerjanya?

Kalau sebelum ini hanya dibenarkan dalam sektor perladangan pun kita dapati Bangla berlambak di sektor yang lain...bagaimana nanti apabila dibenarkan di sektor lain?

Sedangkan realitinya...

Mereka yang sedang mencari pekerjaan akan melalui tempoh sukar mendapatkan peluang itu tahun ini, terutama graduan yang baru menamatkan pengajian, kata pakar kerjaya dan kumpulan majikan sektor swasta, ketika semakin banyak syarikat membekukan pengambilan.
Laman web kerjaya seperti JobStreet.com berkata, banyak syarikat masih mengiklankan kerja kosong pada suku pertama tahun ini, yang dianggap sebagai musim puncak pengambilan.
Laman lain seperti Monster.com bagaimanapun, menjangkakan akan melihat penurunan dalam tawaran kerja pada separuh pertama 2016 berbanding tempoh yang sama pada 2015.
Penurunan ini bersambung dari suku terakhir 2015, kata Pengarah Monster.com Sanjay Modi, kerana keadaan perniagaan di Malaysia terkesan akibat kelembapan ekonomi China dan ringgit yang lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Pergantungan negara kepada sektor minyak dan gas juga memberi kesan kepada aktiviti perniagaan dalam banyak sektor, kata Modi, pengarah urusan laman itu bagi India, Timur Tengah, Asia Tenggara dan Hong Kong.
"Majikan diminta mengenakan dasar pengambilan yang lebih ketat bagi mengoptimumkan sumber organisasi dan mengurangkan kos, ini melembapkan keseluruhan sentimen pengambilan pekerja," kata Modi dalam satu e-mel.
sumber

Ada pemimpin yang ambil peduli ke?

Lu Fikir La Sendiri!!!