Memaparkan catatan dengan label banjir besar kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label banjir besar kelantan. Papar semua catatan

Khamis, 25 Disember 2014

Ini Baru Menteri..!



Peristiwa tidak dapat saya lupakan, 10 kilometer 4 jam perjalanan dari Keroh ke pejabat DO Kuala Krai bersama Dato Mazlan, Ketua Polis dan Panglima 8 Briged, Dato Azmi.Kuala Krai paling teruk di Kelantan dilanda banjir. Paras air ditangga Bradley 33.45 meter lebih teruk 29.33 meter banjir besar 2004, banyak hubungan terputus terus termasuk 438 orang mangsa di SK Manek Urai Lama yang sudah naik ke tingkat 4 kerana air sudah berada di tingkat 3 separas paha. Alhamdulillah Panglima 8 Briged dan Ketua Polis telah merancang gerakan menyelamat malam ini. Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zul telah hantar EC 725 untuk ke lokasi. Tq Dato Ramzi ADUN Dabong dan saudara Nik Nor, Pemangku DO banyak bantu. Malam ini saya, KP dan Panglima bermalam di pejabat Kesedar, Kuala Krai. Kami semua sehelai sepinggang.

Ya Allah semoga dipermudah dan dipelihara para penyelamat dan semua mangsa banjir..! Redakan lah banjir yang melanda ini..! 

Pemimpin tulen dan rakyat sebenarnya berpisah tiada..!

Lu Fikir La Sendiri!!!