Memaparkan catatan dengan label blog awang mat puteh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blog awang mat puteh. Papar semua catatan

Jumaat, 15 April 2016

Apa Kata Awang Mat Puteh..!



Dipetik dari blog otai awangmatputeh

Negara makin mundur sejak Najib menjadi Perdana Menteri

Dua hari yang lepas, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan merangkap 
Penasihat 1MDB dengan bangganya mengisytharkan bahawa pelan ekonomi 
beliau berjaya, dan 'asas ekonomi Malaysia mampan'.  Syabas!

Ini antara hujah-hujah beliau
1. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) naik 50% 
2. 1.8 juta peluang pekerjaan diwujudkan
3. inflasi rendah
4. pasaran modal naik
5. Nilai ringgit tahun ini adalah yang terbaik di Asia

Tapi betul ke?

Mari kita lihat.

Pertama, pendapatan per kapita ( dalam US Dollar) telah JATUH sejak beliau 
menjadi Perdana Menteri. Laporan terbaru BNM menunjukkan pendapatan 
per kapita rakyat Malaysia telah jatuh dari USD9508 pada tahun 2010 kepada 
Macam mana nak jadi negara maju? Najib kata ekonomi mengembang hampir 
50% sejak beliau jadi Perdana Menteri, tapi BNM kata pendapatan per kapita 
rakyat jatuh! Baik tak payah ada economic growth kalau tidak memberi kesan 
positif kepada rakyat. 
Pertumbuhan untuk siapa sebenarnya?

Kedua, hutang negara makin meningkat. Hutang luaran (external debt) telah 
Adakah ini menjadi kebangaan kita? Siapa hendak membayarnya? 

Ketiga, inflasi rendah tapi hutang isi-rumah makin meningkat, dari 72% pada 
tahun 2010 kepada hampir 90% tahun lepas. Ini merupakan antara kadar 
yang tertinggi di rantau ini! Rakyat terpaksa berhutang untuk hidup. 

Ke-empat : ekonomi negara kata Najib naik 50% tapi gaji rakyat Malaysia tak 
naik banyak mana pun. Tahun 2011, gaji penengah rakyat Malaysia adalah 
RM1,340 sebulan. Tahun 2015? Ianya telah naik RM235 kepada 
RM1,575 sebulan. Ini juga bermakna separuh pekerja di negara kita ini 
bergaji kurang dari RM 1,575 sebulan.  Tak ada ertinya pasaran modal naik, 
atau ekonomi naik 50% jika rakyat masih bergaji rendah.

Kelima: Jumlah pengangur juga naik. Pada tahun 2010, jumlah penganggur 
adalah 387,900 orang. Ianya telah meningkat kepada 510,000 pada bulan 
Januari tahun ini.  Masih nak berbangga 1.8 juta peluang pekerjaan wujud? 
Untuk siapa? Sektor mana? Tahun lepas sahaja, jumlah penganguran naik 11%.

Keenam : Najib berkata nilai ringgit paling tinggi di Asia tahun ini. Beliau 
memang putar belit. 
Adakah beliau menjadi Perdana Menteri sejak awal tahun ini? 
Tidak. Kalau kita lihat pencapaian ringgit sejak 2010, ianya telah menyusut 

Ketujuh : khas untuk kaum Melayu, sejak beliau menjadi Perdana Menteri, 
pegangan efektif melayu dalam sektor korporat hanya naik 0.7%!, dari 16.1% 

Jurang pendapatan di anatar kaum Melayu dan kaum Cina langsung tidak 
berubah sejak Najib menjdi Perdana Menteri. Malah, jurang di antara kaum 
melayu dan India makin naik. 

Terakhir : 1MDB, SRC, RM2.6 billion. Tak perlu dihuraikan disini. 
Akhlak yang buruk dan hina.

Pelan ekonomi beliau berjaya kah?
'Asas ekonomi Malaysia mampan' kah?

Memang Najib Razak adalah Perdana Menteri terburuk dalam 
sejarah Malaysia. 


Lu Fikir La Sendiri!!!