Memaparkan catatan dengan label bn sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bn sarawak. Papar semua catatan

Ahad, 1 Mei 2016

PRN Sarawak ~ #TeamAdnan Terus Menjadi Pilihan..!



Walaupun ada orang yang cuba menjaja dan mencari kesempatan dalam kesempitan untuk mencari untung politik namun hakikatnya rakyat Sarawak sudah pun mempunyai pilihan sama ada atau tanpa pengaruh dari orang tu..!

Walaupun baru sampai hari ini ke bumi Sarawak, suasananya sungguh berbeza dengan apa yang digambarkan oleh Utusang dan tv3 suku..! Rupanya ada tempat yang orang tu tak boleh pergi kerana tidak akan mendapat sokongan..!

Kalau pergi pasti tidak akan mendapat sambutan walau disediakan bas, bot dan seumpama dengannya..! Makanya pergi tempat yang 'putih' jer la..!

Rakyat bukan menolak BN tapi menolak orang tu..! Rakyat Sarawak cerdik dan berani menyatakan pendirian..! Syabas..!

Bersungguh sungguh mengambil peluang nampaknya orang tu..!

Siapa?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Jumaat, 16 Mei 2014

Tahniah BN Sarawak..!


Matang dan bijaksana..!

Lepas ni selesaikan satu satu..! kedudukan calon yang mewakili parti baru Teras dan parti sedia ada seperti SPDP dan SUPP tentu akan menimbulkan kemelut..!

Cikgu 'besau' ada di Istana Negeri..! Jangan segan jangan malu bertanya..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

KUCHING 16 Mei - Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem memberitahu, Barisan
Nasional (BN) Sarawak tiada masalah untuk menerima Parti Tenaga Rakyat Sarawak
(Teras) sebagai komponen baharu dalam parti tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata, pihaknya sedia membuka pintu
kepada 11 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengumumkan keluar
daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Bersatu
Sarawak (SUPP) berkuatkuasa semalam.

"Dalam perjumpaan tadi, mereka (ahli Teras) telah memberi saya jaminan bahawa
sangat setia dan sentiasa bersama BN.

"Jadi, saya sangat berbesar hati mendengar penjelasan daripada mereka dan kita
akan melakukan persiapan jika ada keperluan nanti, " katanya dalam sidang
akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Adenan berkata, beliau akan memaklumkan kepada Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perkembangan terkini berhubung perkara itu. - UTUSAN ONLINE

Keluar Parti Lagi..!!!


Lepas satu..satu..!

Kali ni keluar BN dan menyokong BN..! Parti TERAS pulak..! sebab semuanya keras keras kan..!

Lagi dekat nak pilihanraya negeri lagi macam macam nampaknya..!!!

PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 11 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Sarawak dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengisytiharkan keluar parti bagi menubuhkan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras).
Kepemimpinan parti baharu itu berikrar menyokong perjuangan BN.
Terdahulu, Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan dan pemimpin kanan SUPP yang juga Ketua Bahagian Sibu, Datuk Seri Wong Soon Koh meletak jawatan pada Khamis.
Kedua-dua Mawan dan Soon Koh berstatus menteri dalam kerajaan Sarawak.
Terkini, jejak kedua-dua pemimpin itu diikuti Timbalan Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP), George Lagong yang mengumumkan keluar parti dan menyertai Teras.
Selain itu, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan seorang Ahli Parlimen mewakili parti berkenaan juga meletak jawatan untuk menubuhkan parti berkenaan.
Penubuhan parti itu menjadikan ia yang kedua terbesar dalam kalangan komponen BN Sarawak selepas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu.
Mawan ketika ditemui wartawan berkata, beliau bukan 'kapten' yang terjun dari kapal, sebaliknya pemimpin yang berdepan dengan pergolakan dalam partinya sendiri.
Selain itu, Soon Koh pula mendakwa beliau 'dipaksa' keluar daripada SUPP.
Untuk makluman, dalam pilihanraya negeri 2011 yang lalu kerusi DUN Sarawak sebanyak 71 buah kerusi, Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). 

Idris Jalang tak jaga KPI puak puak ni ker..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!