Memaparkan catatan dengan label china campurtangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label china campurtangan. Papar semua catatan

Sabtu, 26 September 2015

Najib Terus Di Hina..!


Apalah nasib negara ni dibawah pentadbiran Najib..! Tahun ni sahaja sudah tidak boleh dikira penghinaan demi penghinaan yang dicurahkan kepada pahlawan bugis tersebut..! 

Dari dalam negara hingga la keperingkat dunia, semuanya sinis dan tak kurang juga yang berterus terang..! Semua seakan senada, sehati sejiwa menolak dan mengemukakan pelbagai isu yang merosakkan reputasi Najib selaku pemimpin nombor 1 negara..!

Soalnya kenapa? kenapa pula satu dunia tiba tiba dilihat tidak sukakan Najib?

Terbaru semalam juga dilaporkan...

Duta Besar China ke Malaysia Dr Huang Huikang berharap keharmonian antara kaum yang dipamerkan peniaga di Jalan Petaling di Kuala Lumpur akan terus berkekalan.
Beliau berkata demikian selepas meninjau kawasan itu petang ini, lapor Malaysiakini.
"Kami harap Malaysia akan mengekalkan kestabilan sosialnya demi menjadi destinasi pelancongan yang ingin dilawati, dan bukan sebaliknya.
"Saya berjalan-jalan di Jalan Petaling hari ini dan semuanya baik-baik sahaja. Bisnes berjalan baik dan ada ramai pelancong antarabangsa. Namun lebih penting lagi, saya lihat orang Cina hidup harmoni dengan kaum lain. Saya senang hati.
"Kita tak mahu situasi sebaik ini dirosakkan orang lain dengan niat tidak baik," katanya.
Dalam lawatannya itu, Huang turut memberitahu yang pihaknya sedang memantau situasi semasa di Jalan Alor di Bukit Bintang, Kuala Lumpur bagi memastikan pelancong dari negaranya kekal selamat.
Kedutaan Amerika Syarikat dan Australia sudah mengeluarkan amaran perjalanan kepada pelancong di sekitar Jalan Alor selepas terdapat kemungkinan pengganas Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) akan bertindak di kawasan pelancongan itu.

Bukankah tindakan Duta China ini satu campur tangan? tidak kah tindakan Duta ini mempersenda dan menghina institusi keselamatan negara kita?

Bukankah tindakan Duta ini merupakan perbuatan biadap yang mesti dibantah..! 

Wisma Putra mesti menghantar kecaman ke kedutaan China agar menasihatkan Duta mereka supaya tidak mencampuri urusan negara kita lebih lebih lagi isu yang melibatkan keselamatan negara..! Mana suara IGP???

Sudah la negara dimalukan dengan pelbagai isu yang membelit seperti isu 1MDB dan isu derma peribadi RM2.6B, malah tak pernah berlaku dilaman rumah kita sendiri seorang Ketua Negara diserang dan dikaitkan dengan isu rasuah..! Kini, Duta China pulak sudah menampakkan campur tangan asing..!

Kerajaan Najib nak buat apa lepas ni? nak minta lagi sekor dua Panda untuk dibela???

Cukup cukup la..!

Lu FIkir La Sendiri!!!