Memaparkan catatan dengan label imigresen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label imigresen. Papar semua catatan

Rabu, 12 November 2014

Siapa Di Jabatan Imigresen Yang Seronok Menjual Orang..!


Imigresen adalah pintu..! pintu masuk warga asing kedalam negara..! Melalui Imigresen juga la setiap warga asing keluar meninggalkan negara..! Baik kerana melancong, kerja atau pendidikan atau apa jua secara halal dan sah mesti melalui pintu Imigresen..! 

Manakala yang masuk secara haram, seludup, dijual oleh orang tengah itu lain kira..! Tapi semua yang masuk melalui pintu halal jelas pihak Imigresen mempunyai maklumat dan data..! Itu sebab kita ada angka hingga mencecah lebih 6 juta warga asing yang menghirup pelbagai kenikmatan yang tersedia didalam negara..!

PUTRAJAYA: Jangan pandang ringan kebanjiran pekerja asing di negara ini kerana mereka mungkin boleh menguasai ekonomi jika terus mendapat peluang, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Kebanjiran pekerja asing di negara ini harus dipandang serius dan ia membimbangkan apabila dianggarkan terdapat 6.7 juta golongan itu dan daripada jumlah itu, hanya 2.1 juta sahaja mempunyai permit yang sah, katanya.

Jumlah sebenar pekerja asing yang berada di negara ini mungkin lebih ramai dengan anggaran dibuat mengikut nisbah seorang pekerja yang mempunyai permit membawa sekurang-kurangnya seorang pekerja yang tiada permit, katanya.

"Ketika ini mungkin mereka menguasai bidang separuh mahir contohnya dalam bidang pertanian, buruh dan sebagainya, namun siapa sangka suatu hari nanti golongan ini akan menguasai bidang profesional pula," katanya.

Rakyat Malaysia dijumlahkan mencecah 30 juta orang, dengan lebih 6 juta orang warga asing yang tinggal didalam negara bermakna setiap 5 orang warganegara akan terdapat seorang warga asing..!

Kalaulah berlaku huruhara yang dicetuskan oleh warga asing..agak agak pihak keselamatan dapat kah bertegas dan menanganinya dengan berkesan?

Selagi warga asing ini bermaharajalela selagi itu la para mahasiswa dan rakyat tempatan terpaksa bersaing untuk mendapat kerja..!

Ini belum dikira lagi penyakit yang dibawa..! Itu sebab penyakit TB yang sudah lama dibasmi kini menular dan menjadi penyakit yang mengancam nyawa rakyat..! Gejala sosial yang dibawa juga menggunung..!

Kita semua tahu dimana puncanya..! puncanya ada di pintu Imigresen..! Benar ada pengusaha rakyat tempatan yang mengambil kesempatan dan mengambil jalan mudah namun ianya masih berpunca di Imigresen..!

Bila agaknya SPRM nak gempur Imigresen secara besar besaran..! Pelbagai program dah kita buat..! Program pemutihan, program 6P dan banyak lagi tidak akan berkesan jika pihak Imigresen tidak di'putih'kan dan dipulihkan..!

Ada yang kenyang dan terlalu kenyang dengan perniagaan 'jual orang' ni..! Biar kita 'jual' segera mereka yang menjadi pengkhianat kepada negara ini sebelum mereka terus terusan menjual negara kita kepada warga asing..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Sabtu, 3 November 2012

Tracking System..Alat Samunan Terbaru?


Jabatan Imigresen tak payah la nak mencarut dan mengarut dengan idea terbaru yang kononnya dapat menjejaki warga asing yang tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas visa yang mereka miliki. Hakikatnya jika dipasang pun alat peranti penjejak tersebut dan kalau tiada tindakan yang diambil oleh pihak Imigresen maka sistem yang ada hanya tinggal sistem..!

Jabatan Imigresen Malaysia dalam perancangan untuk melaksanakan sistem pengesanan (tracking system) warga asing yang berada di negara ini melebihi tempoh yang dibenarkan.

Kebanyakan warga asing menyalahgunakan pas lawatan mereka dengan menetap lebih daripada tempoh yang dibenarkan kerana mahu bekerja di negara ini.

Kebanyakkan mereka akan bekerja di restoran-restoran atau melakukan kerja-kerja haram seperti pelacuran dan sebagainya selepas tempoh had lawatan mereka berakhir.

Pelancong dan pelawat dari China dan India merupakan negara yang mempunyai jumlah pelawat paling tinggi datang ke Malaysia menggunakan visa atau pas lawatan sosial.

Menurut rekod, seramai 1.25 juta pelawat dari China dan 693,056 pelawat dari India berkunjung ke Malaysia pada tahun lepas sahaja.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, 'tracking system' ini akan menggunakan data biometrik warga asing yang direkodkan sewaktu kemasukan mereka di pintu masuk utama negara.

Sistem ini akan dapat mengesan apa saja aktiviti warga atau pelancong asing yang menggunakan pasport dan cap jari.

Kelemahan Imigresen mengambil tindakan atas lambakan warga asing telah menyebabkan kerajaan menganjurkan program 6P..program 6P yang bertujuan menutup najis yang ditinggalkan oleh Imigresen juga dibuktikan gagal apabila KP Imigresen ni menyalak untuk mewujudkan tracking system pulak!

Yang jelas ada orang yang mengambil untung dalam apa jua program yang dicadangkan..yang duduk dalam imigresen tahu bagaimana mereka kenyang dengan urus niaga ini! buat 6P mereka juga untung sebab mereka juga yang proses! sekarang nak buat system baru..semuanya ada unsur untung beb..! Walhal masaalah utama lambakan warga asing tak pernah selesai!

P.Ramlee dah cakap lama dah..niaga orang lagi untung dari niaga unta!

Lu Fikir La Sendiri!!!