Memaparkan catatan dengan label israel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label israel. Papar semua catatan

Isnin, 1 September 2014

Keselamatan Israel > Keselamatan Anwar > Keselamatan Komunis..!


Kaitan Israel, Anwar dan komunis yang mengancam negara..!

Dr M menulis : "Keselamatan Israel" 
(artikel ini adalah terjemahan admin kepada tulisan Tun bertajuk "The Security of Israel" dari blog chedet. cc)

Keselamatan Israel

1. Saya menonton siaran mengenai pengeboman Israel ke atas Gaza melalui televisyen. Lebih daripada 2,000 orang awam Palestin, termasuk kanak-kanak, orang tua, orang sakit telah terbunuh, manakalah 6,000 yang lain cedera. Bandar Gaza diranapkan, tertimbus di bawahnya jasad rakyat Palestin yang tidak diketahui jumlah sebenar. Bau kematiaan dihidu di rata-rata tempat.

2. Tetapi Netanyahu mengumumkan ia akan terus menyerang Gaza untuk keselamatan Israel. Dan Amerika menyokong pembunuhan besar-besaran ini supaya Israel selamat.

3. Bagaimana pula dengan keselamatan Palestin. Bukankah mereka juga patut diselamatkan?

4. Pihak Barat membuat helah kononnya Palestin tidak perlu dijamin keselamatan mereka kerana Palestin adalah pengganas. Nyawa rakyat awam tiada hak untuk diselamatkan. Bayi, orang tua dan sakit semuanya pengganas dan perlu dibunuh. Selagi semua rakyat Palestin tidak dihapuskan selagi itu Israel tidak mahu berasa selamat.

5. Jika skala keganasan dapat diukur, sudah ternyata Palestin lebih risau dengan keganasan Israel berbanding Israel risau dengan serangan Palestin. Pihak Israel membuat kenyataan umum bahawa mereka tidak takut dengan Palestin dan perang ini.

6. Jadi, siapa yang rasa tidak selamat? Siapa yang perlukan jaminan keselamatan? Sudah tentulah rakyat Palestin. Tetapi demokrasi hebat acuan Barat telah menghalalkan pembunuhan besar-besaran oleh Israel itu. Maka, pembunuhan akan berterusan.

7. Rakyat Palestin di Semenanjung Gaza menentang kerana sepanjang 7 tahun ini, mereka telah diserang bertalu-talu. Bukan sahaja kedaulatan mereka diancam, malah mereka juga dinafikan hak mendapat bekalan ubatan, makanan, dan bahan binaan bangunan. Mereka tidak dapat membina semula rumah yang dimusnahkan oleh Israel, dan tiada tempat berlindung semasa musim sejuk.

8. Mengapa Palestin menolak gencatan senjata?! Mudah. Kerana sebaik gencatan senjata tamat, Israel akan terus menyerang Gaza. Tiada apa faedah yang akan tercapai melalui gencatan senjata yang dapat membalas pengorbanan rakyat Palestin. 

9. Pengeboman Israel sepatutnya dihalakan kepada pelancar roket dan terowong rahsia. Tetapi yang diserang oleh Israel adalah sekolah dan hospital. Tiada bukti kukuh yang dapat menyokong alasan Yahudi itu. Keseluruhan bandar musnah. Bolehkah kita percaya propaganda Yahudi kononnya keseluruhan bandar yang musnah itu penuh dengan roket Gaza? Apa yang pasti, bandar yang musnah itu padat dengan nyawa orang awam, dan sekarang mereka tertimbus di bawah runtuhan bangunan itu. Ternyata, bom dan roket Israel telah tersalah sasaran, dan membunuh bayi, orang tua, dan orang sakit.

10. Dalam masa lain, Israel turut menyerang sekolah dan pusat perlindungan yang dibina oleh PBB di mana kanak-kanak sedang belajar dan tidur. Adakah Israel mahu tuduh PBB sengaja meletakkan sekolah mereka berhampiran dengan tempat simpanan roket Gaza? Kita tahu PBB tidak boleh diharap, dan lemah.. tapi kita tahu PBB tidaklah sebodoh itu.

11. Faktanya adalah selepas penemuan tiga mayat Israel, Netanyahu berjanji untuk menghukum Palestin. Dia tidak berjanji untuk mencari pembunuh itu; tetapi hanya berjanji untuk membunuh Palestin; termasuklah kanak-kanak, wanita, orang tua dan orang sakit. Dan sekarang kita semua dapat lihat dia lakukannya. Lebih 2,000 orang Palestin untuk nyawa 3 orang Israel tidak mencukupi. Israel mahu membunuh lebih dari itu, kemungkinan besar genosid (penghapusan etnik)

12. Israel lupa bahawa rakyat Eropah telah melakukan penghapusan etnik Yahudi pada masa lampau.. dan Yahudi lari bersembunyi di negara-negara Islam. Mereka tinggal bersama orang Arab, Islam dan Kristian dengan aman dan harmoni. Yahudi Jerman yang lari semasa perang dunia ke-2 ke Perancis telah diselamatkan oleh orang Muslim di Perancis, dan diberikan nama-nama Islam supaya identiti mereka dilindungi. Sejarah turut membuktikan semasa penaklukan tentera Kristian di negeri Islam terakhir di Sepanyol (Granada).. dan mereka diberi pilihan samada memeluk Kristian, keluar dari Sepanyol atau dibunuh, orang Islam dan Yahudi bersama-sama memilih untuk keluar daripada Sepanyol dan tinggal bersama di Moroko, Algeria dan Mesir tanpa sebarang masalah. Tiada Yahudi yang dibiarkan tinggal di petempatan haram di negara-negara Islam, mereka diberi layanan yang baik.

13. Dan sekarang, demi “keselamatan Israel”, mereka lancarkan perang berskala besar ke atas semua negara Arab yang berikan bantuan kepada Palestin. Ironi; untuk balas dendam pembunuhan 6 juta Yahudi oleh Nazi Jerman, mereka balas dendam terhadap masyarakat Arab.

14. Orang Palestin telah lancarkan roket dan gali terowong untuk menyerang Israel. Tetapi apalah sangat jika dibandingkan dengan senjata canggih Israel, kereta kebal, misil balistik, dan UAV (kapal tanpa juruterbang) Israel dan bantuan Amerika

15. Dan Israel diberikan berbilion dollar serta senjata oleh Amerika. Untuk apa? Untuk berperang dengan Palestin. Maka, sudah tentulah Gaza mempunyai hak untuk menjaga keselamatan mereka. Tiadakah hak untuk mereka mempersiapkan diri untuk mempertahankan diri sendiri dan negara mereka?

16. Obama dan Cameron, ketua negara yang menghasilkan raksasa Yahudi, telah memberikan lampu hijau untuk penghapusan etnik Palestin dan Arab. Tidak menghairankan kerana pada masa lampau, negara ini menyelesaikan masalah mereka melalui pembunuhan, dan merampas tanah orang lain dan kini mengaku kononnya itu tanah mereka.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Isnin, 31 Mei 2010

Bangkit Ummah!!! Zionis Laknatullah!!!


Israel perlu dikutuk! PBB perlu digesa untuk bersidang bagi mengutuk dan menyekat tindakan biadap, tidak berperikemanusiaan dan kurang ajar zionis ini!

PARLIMEN MALAYSIA yang bakal bersidang pada 7 hb depan ini PERLU MEMBAWA USUL MENGUTUK dan MENDESAK PBB MENGAMBIL TINDAKAN KE ATAS ISRAEL!

Seluruh Ummah perlu terus memboikot barangan YAHUDI ini! Kempen Boikot Zionis adalah WAJIB! Heret Israel ke MAHKAMAH DUNIA!

OIC perlu mengeluarkan satu suara sepakat dan bersama mengutuk Israel! Kewujudan Tentera negara-negara Islam perlu difikirkan dengan mendalam dan direalisasikan!!!

Israel Adalah Musuh Islam!!!

Ahad, 2 Mei 2010

PAS Pengkalan Chepa Ludah N.Ajis!!!


PENGKALAN CHEPA, 2 Mei: Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pengkalan Chepa kali ke-38 semalam menyaksikan satu usul tergempar dicadangkan berkenaan hubungan Malaysia dengan Israel.

Usul tersebut mencadangkan mufti Malaysia atau Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia mengeluarkan fatwa mengenai kedudukan hubungan kerajaan Malaysia dengan Israel atau syarikat yang berkepentingan Isarael.

Usul itu dibangkitkan ekoran dakwaan penglibatan syarikat perunding berkepentingan Israel, Apco Worldwide dalam bidang telekomunikasi Malaysia. Timbalan Menteri Besar Datuk Haji Ahmad Yakob ketika merasmikan mesyuarat itu berkata, semua mesyuarat agung PAS kawasan wajar mengambil ketetapan sama dengan membuat usul tersebut.

KOMEN

Usul PAS Pengkalan Chepa ni macam meludah ke langit! PAS dah reti 'main belakang' macam Peliwat Malang Nuar Aljub...Anwar menggunakan isu APCO untuk memfitnah kerajaan dan dalam masa yang sama cuba menutup hubungan terlarang beliau dengan yahudi dan Zionis. Begitu jugak la PAS yang jelas bersekutu dengan Anwar dan Yahudi cuba untuk menutup bangkai gajah dengan kulit bawang!

Semua orang tahu PAS for All adalah salinan dari Israel for All! Semua orang tahu bahawa puak prolib atau erdogan yang ada didalam PAS seperti N.Ajis, Husam, Khalid gereja, Kamarudin Jaafar dan lain-lain merupakan tiang-tiang kubur Anwar dalam mempertahankan kasih sayangnya kepada Yahudi, Israel dan Zionis!!!

Hanya mereka yang masih kuat dengan pegangan PAS TOTOK! PAS zaman Asri, PAS Asli dan bermacam lagi gelaran bagi menunjukkan bahawa mereka ini tidak termakan dan tidak terpedaya dengan lakunan Anwar dan puak Erdogan untuk mengusai parti sesat itu!

Mereka sedar dan tidak tahan menghidu hanyir, busuk dan kotornya politik puak Erdogan didalam PAS demi kelangsungan politik murahan dengan menjual pegangan parti sesat itu selama ini untuk mempertahankan budak suruhan Yahudi dan Zionis iaitu Anwar si Peliwat Malang!

Itu sebab mengikut sumber dalaman PAS pengkalan Chepa usul ini dibawa kerana mempunyai 2 maksud sebenarnya...bukan sahaja nak menyindir puak-puak Erdogan hamba sahya Anwar didalam PAS malah nak mengelak usul mengutuk serangan bunuh kepada N.Ajis kerana Ustaz YB Dato Halim semua orang tahu merupakan seorang ABDUL didalam hikayat 3 ABDUL PAS!!! ppttuuiihhhh!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Selasa, 6 April 2010

PAS Kutuk Diri Sendiri Rupanya!!!



KUALA LUMPUR, 5 April: Hampir semua anggota Parlimen PAS akan menyerahkan memorandum mengenai perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan APCO Wordwide kepada Yang di-Pertuan Agong jam 12 tengahari ini.

Rombongan yang diketuai Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ini akan menyerahkan memorandum itu jam 12 tengahari kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di pejabatnya.

Memorandum ini bertujuan memohon kepada Yang di-Pertuan Agong agar campurtangan berikutan keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik perjanjian dengan syarikat itu.

Ini kerana, APCO juga mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Israel dan dipercayai turuk terlibat dalam merancang 'One Israel' sebelum memberikan khidmat perhubungan awam kepada kerajaan Malaysia.

Komen

Cuba tengok logo di atas tu...tak ke PAS yang terang-terang meniru, penyelami dan menghayati semangat Israel dan Yahudi? cuma terbalik kan jer jalurnya, motto nya sama, jadi kira PAS ngata dan ngutuk diri sendiri la...PAS tak payah jadi bacul baling batu sembunyi tangan! dah terang lagi bersuluh bahawa PAS lah yang jelas saling liwat meliwati sesama Yahudi!

Ini semua mainan politik sempit PAS menghadapi PRK Hulu Selangor, tak lain dari itu.. konon nak menjuarai isu! yang lebih teruk dan malang bagi parti yang konon mendaulatkan agama ini sebenarnya tetap dulu, kini dan selamanya akan menggunakan dan memperalatkan agama hanya untuk tembolok pemimpin PAS sebagai penentu syurga dan pembolot harta! Pirah...!!!!

Khamis, 18 Mac 2010

Pakatan Rakyat = 1Israel...


Apabila kemaluan dah semakin besar maka beruk-beruk tersepit Pakatan Haprak pun bawalah fatwa PM ( Peliwat Malang ) yang mengatakan Gagasan 1Malaysia adalah cedokkan dari 1Israel....biasalah pembohong akan cepat-cepat kata orang lain bohong untuk menutup pembohongan mereka!

Hakikat bahawa APCO yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia telah membuat kenyataan rasmi petang tadi bahawa Anwar berbohong! APCO membuat kenyataan rasmi MENAFIKAN pernah terlibat dalam menasihati Ehud Barak berkenaan 1Israel dan menafikan juga bahawa mereka menasihati Dato Najib berkenaan 1Malaysia.

APCO dilantik setelah Gagasan 1Malaysia diumumkan oleh Najib setelah mengemudi Pentadbiran Kerajaan Malaysia dan langsung tiada kena mengena dengan 1Israel atau apa jua yang berkaitan dengan Israel, Yahudi dan sewaktu dengan nya! Anwar yang terkencing-kencing takut telah membawa diri keluar bukan sahaja dari Dewan Rakyat kerana penangan Zahrin malah telah cabut keluar negara. Sehingga kini Anwar GAGAL untuk mengulangi kenyataan tersebut diluar dewan agar pihak yang terlibat boleh menyaman PM ( Peliwat Malang ) tersebut....huhu cabut war, tapi jangan lupa balik sebelum 25 hari bulan walau bertongkat, berkerusi roda dan menggunakan sarung leher.

Hakikat bahawa Anwar lah yang telah meniru dan mengikuti cara dan kaedah big brother nya Israel itu... sebab? 1Israel telah dibentuk pada tahun 99 kerana Ehud Barak bakal berdepan dengan pilihanraya, maka bersatulah 3 parti yang sebelum itu berlainan pendirian dalam anutan masing-masing, Parti Buruh, parti nemad dan parti gesher telah bersatu dibawah 1Israel hanya untuk berdepan dengan rakyat dalam usaha memenangi Pilihanraya...itu ajer dan 1Israel berkubur setelah setahun kemenangan mereka dalam pilihanraya tahun 99 itu.

jadi dalamm konteks kita di Malaysia, maka Anwar telah mempelopori dan mengikuti telinjuk big brother nya Ehud Barak dengan bergabung atas nama Pakatan Haprak diantara PKR, DAP dan PAS... dalam PRU 12 yang lalu, dan sejarahnya berkuburnya gabungan itu hampir sama nampaknya didalam Pakatan Haprak apabila kesedaran dan pembersihan jiwa telah mula wujud dikalangan pemimpin dan wakil-wakil rakyat mereka.

jadi kalau bercakap tentang 1Israel sebenarnya kita bercakap tentang gabungan Pakatan Haprak yang diketuai oleh Ehud Barak versi Malaysia iaitu PM ( Peliwat Malang ) @ penunda kes terbanyak dalam mahkamah...huhuhu

Lu Fikir la Sendiri