Bukan main galak lagi TV3 menyerang Tun Daim..! rancangan yang tersusun sejak Shamsul Akin Ahli Parlimen PKR diberikan ruang seluas luasnya menghentam bekas pemimpin negara 2 minggu lalu, TV3 nampaknya tak berhenti setakat itu..! Kenapa tak ulas isu PAS vs DAP yang panas sekarang ni?
Semalam TV3 meneruskan agenda jahatnya apabila memetik Anwar bersedia menjadi saksi untuk merungkai salah laku Daim..! Anwar bersedia mendedahkan kepada SPRM..! Sejak bila Anwar jadi kawan baik TV3 untuk merosakkan kepimpinan Melayu/UMNO? Sejak bila Anwar berwibawa? Sejak bila Anwar boleh didengar dan dipercayai cakapnya?
Apa sebenarnya yang sedang dirancang oleh Pengerusi Media Prima Tan Sri Johan Jaafar..! Satu alam tahu hubungan rapat dan baik antara Johan dan Anwar..! Sebelum ni kita semua di kejutkan dengan isu anak Johan yang juga seorang peguam bersekongkol dengan Ambiga dan pembangkang untuk menghanyutkan Akta Hasutan..! Baca di sini bagaimana bidapnya anak Johan..!
Kenapa dibiarkan usaha jahat ini dijalankan di station TV kerajaan..! Najib sedar atau tidak ni..! Ini ajer ke kerja yang mampu para punahsihat@punaisihat di PMO buat..!
Mereka tahu tak bahawa kerja kerja sebegini tidak membantu Najib..! malah mereka sebenarnya semakin membuka jurang dan ruang untuk Najib dihentam depan dan belakang..!
Ingat lagi bagaimana kita dikejutkan dengan berita yang mengatakan Najib mahu bertemu Anwar yang diatur oleh Jusuf Kalla..! Apakah ini kerja mereka yang sama yang berada disekeliling Najib???
Kalau macam ini la kualiti punahsihat@punaisihat Najib...! Bukan mempertahankan malah boleh jadi lagi cepat melingkup..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
