Kadir: Kenapa sekarang, Anwar?
Surat amaran Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan Deklarasi Rakyat muncul 72 jam selepas Deklarasi Rakyat mengumpulkan lebih sejuta tandatangan.
Ketika Mahathir melonggokkan timbunan deklarasi itu di depan kamera, Anwar memberi amaran supaya berwaspada dengan langkah Mahathir.
“Satu-satunya soalan kini, kenapa sekarang?” soal tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin yang rapat dengan Mahathir.
“Adakah kerana Deklarasi Rakyat pimpinan Mahathir terima lebih 1.2 juta tandatangan hanya dalam tempoh dua dua bulan?” soal bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times itu.
Kadir juga tertanya-tanya sama ada Anwar antara pihak yang ragu dengan deklarasi itu seperti banyak pihak dalam Umno dan sama ada Mahathir dan pendukungnya akan berjaya mendapat sokongan awam.
Kadir antara pihak yang menandatangani deklarasi menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak itu.
Tak susah mentafsir hubungan Tun M dan ANwar selama ini..! Tentunya calar balar serta luka yang sedia menanah amat mudah meletup apabila terhimpit di kiri dan kanan, depan dan belakang..!
Ditambah pula kalau diberikan ubat dan rawatan yang membuatkan orang didalam penjara pun berasa seakan bebas lepas di luar..! Itu belum lagi cadangan pembebasan awal..!
Anwar sebagai manusia biasa yang mempunyai naluri seks luar biasa bukan sahaja boleh menarik malah dia juga bisa tertarik pak..!
Enggak ada yang pelik pak..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
