Memaparkan catatan dengan label kenaikan tambang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenaikan tambang. Papar semua catatan

Isnin, 2 November 2015

BR1M Kan Ada..!


Nampaknya makin rabak la poket rakyat macam ni..! Pengapungan harga minyak..! kenaikan harga barang..! tol dan yang sewaktu dengannya terus menerus menjerut leher rakyat..! Kini dilaporkan...

Kenaikan kadar tambang perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu (KTMB) yang dijangka akan diumumkan esok tidak dapat dielakkan memandangkan KTM perlu meningkatkan kekerapan perkhidmatan itu, kata pengerusinya, Datuk Ir Nawawi Ahmad, hari ini.
Katanya kekerapan perkhidmatan komuter itu dicadangkan untuk ditingkatkan kepada 7.5 minit setiap satu berbanding dengan di antara 15 dan 30 minit sekarang dan pelaksanaan rancangan ini akan melibatkan peningkatan kos.
"Selain itu kos-kos seperti gaji, elektrik, senggaraan dan lain-lain lagi meningkat setiap tahun dan harga tiket pula tidak pernah naik sejak beberapa tahun sudah," katanya ketika diminta mengulas satu laporan atas talian sebuah akhbar hari ini berhubung kenaikan tambang perkhidmatan itu.
Laporan berkenaan turut menyebut kadar baharu tambang perkhidmatan itu dijangkakan sebanyak 15 sen sekilometer berkuatkuasa 2 Disember ini berbanding kadar sekarang 11 sen sekilometer.
Bagaimanapun, Nawawi yang juga anggota Parlimen Langkawi, enggan mengesahkan kadar baharu yang disebut akhbar berkenaan dan berkata perkara itu akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) esok. – Bernama.
Rakyat di Lembah Klang la yang paling terasa kesannya..! duit RM100 untuk anak anak sekolah pun dah tak dapat kerana suami isteri bekerja pendapatan lebih RM3000..!
Campur kedua dua orang bekerja gaji adalah sekitar 4-5 ribu..! duduk di Lembah Klang dan di bandar bandar besar dengan pendapatan sebesar itu pasti akan 'habis' duit sebelum bulan habis..!
Tapi apa ada kesah..! sebab kata Najib...BR1M kan ada..!!!
Ko ada???
Lu Fikir La Sendiri!!!