Memaparkan catatan dengan label kuli. prk galas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kuli. prk galas. Papar semua catatan

Ahad, 7 November 2010

PAS Nak Humban Nik Najis Ke Laut !!!



Rata rata pemimpin PAS menafikan ada unsur sabotaj seperti yang didakwa oleh Tulang Besi dalam kempen PAS di Galas tempohari.

Samaada benar bahawa wujudnya sabotaj oleh Husam Kusam, Hassan Ali atau Harun Din kita peduli aper!!!

Yang kita peduli BN MENANG dan PAS KALAH!!!


Namun dalam kalut bersilat menafikan adanya sabotaj, mereka mengakui bahawa Nik Najis dan PAS Bodoh !!!

Ini kerana mereka mengakui akan kebijaksaan YBM Kuli yang berjaya memerangkap mereka untuk menari berkempen atas gendang yang dipalu oleh Kuli.
Malaysia Insider ada butirannya di sini

Abdul Halim yang merupakan Pengarah Jentera Pilihanraya PAS berkata ', pendirian PAS Kelantan tidak menyerang Tengku Razaleigh sebenarnya ekoran daripada arahan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan. “Itu tidak betul kerana kita tidak mahu menyerang peribadinya kerana Tok Guru (Nik Aziz) sendiri,” ujarnya


Di sebalik kekalahan di Galas, beliau seakan mengaku yang PAS gagal menjawab beberapa isu malar segar seperti isu tanah di Lojing, pembalakan haram, pembangunan untuk Orang Asli, manfaat dari Ladang Rakyat serta dakwaan penyelewengan dalam PMBK Sawit.
“Itu kena kerajaan negeri yang jawab, penceramah kena jawab... itu bukan saya yang kena jawab,” tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

ooo...cuma reti serang peribadi jer rupanya....ceh!!!

Sementara itu...

Bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad turut menafikan bahawa wujudnya sabotaj kempen di kalangan pemimpin PAS.

Menurut beliau, Tengku Razaleigh lebih bijak berpolitik apabila PAS mengambil sikap untuk tidak menyerang bekas Presiden Parti Semangat 46, yang telah dibubarkan 14 tahun lalu.

“Mana ada sabotajnya, Ku Li sebenarnya bijak dalam mengambil kesempatan politik ini,” ujarnya.

Mamat yang berlagak pandai dengan hujah hujah canggih di Parlimen ini mengaku rupanya yang dia, nik najis dan PAS bodoh dan Kuli bijak....

Itu hebatnya Kuli bro!!! itu sebab Kuli berterima kasih kepada PAS...sebab? sebab PAS berjaya DIBODOHKAN....hahaha


Ulasan MSO pun boleh dikongsi bersama disini bila mengatakan...


Selain dari itu beberapa kenyataan ataupun pendekatan diambil atau dikeluarkan Pengarah pilihan raya, Abdul Halim Abdul Rahman yang disokong kuat oleh penasihatnya Wan Abdul Rahim Abdullah dan digerakan oleh Pengarah operasinya Abdul Fatah Haron memberi imej buruk kepada Pas dalam pilihan raya itu. Misalnya tawaran untuk membayar RM250 kepada pengundi luar secara terbuka sangat menjatuhkan moral Pas.

Barangkali tidak salah kalau dikatakan kekalahan teruk Pas itu perlu dipikul oleh Tiga Abdul yang cuba menguak balik dalam politik Kelantan dan mahu menunjukkan kehebatan mereka dalam pilihan raya. Mereka harus memikul segala malu dan aib Pas itu untuk dibuang ke laut dan kalau perlu mereka boleh terjun bersama tongkolan malu dan aib itu ke dalam laut.

Barangkali MSO malu untuk mengatakannya...namun biarlah Putra Merdeka yang menyahutnya bahawa seorang lagi ABDUL yang boleh sama dicampak ke laut ialah Nik Abdul Aziz....


Lu Fikir La Sendiri!!!

Ahad, 10 Oktober 2010

PRK Galas...Aura Seorang Raja...





Gendang Perang telah dipalu! Gendang yang dipalu oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah telah bermula hari ini apabila beliau menghadiri majlis Ramah Mesra Hari Raya Kelab Anak Anak Gua Musang ( KAGUM ) di rumah En Lukman Ghani petang tadi.


Majlis yang dihadiri hampir 2000 orang ini telah berjaya mengumpulkan anak anak Gua Musang yang kebanyakkan bekerja di sekitar Lembah Klang, pihak penganjur juga telah mengambil peluang dengan menyediakan meja bagi pengundi pengundi DUN Galas untuk memeriksa daftar pengundi terkini mereka.

Dalam temuramah Kuli kepada wartawan yang hadir, beliau telah menjelaskan bahawa sokongan padu dan jitu mestilah diberikan kepada beliau oleh seluruh pemimpin dan ahli UMNO/BN baik di Kelantan mahupun dari pusat bagi mempastikan kemenangan kerusi DUN Galas pada 4 November depan.

Soal calon kata beliau, akan diputuskan apabila beliau bertemu dengan YAB Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN serta menyerahkan kepada parti untuk memutuskannya. Menyentuh soal kriteria calon yang difikirkan sesuai bagi menggalas kerusi di Galas, YBM Kuli berkata
' Seorang yang dikenali baik oleh rakyat tempatan serta disenangi, yang tidak mempunyai rekod yang buruk, seorang yang amanah dan setia'.

Dalam menjawab soalan bahawa PAS akan meletakkan calon dikalangan orang asli, Kuli berkata itu adalah hak mereka dan beliau percaya bahawa sokongan orang asli kepada BN masih kukuh, menjawab isu yang dimainkan oleh PAS yang mengatakan bahawa Kuli menyokong dan membela PAS dalam isu royalti minyak, beliau menegaskan bahawa beliau menyokong dan membela rakyat dan negeri Kelantan, tidak timbul soal beliau menyokong PAS, dalam soalan berkaitan yang mengatakan bahawa PAS menerima 'budi' beliau dalam isu ini, Kuli berkata 'kalau gitu PAS tak payah bertanding la'.

Melihat kepada sokongan dan perpaduan yang jitu dikalangan anak anak Gua Musang kepada Kuli petang tadi jelas menampakkan 'aura' beliau sebagai pemimpin begitu disenangi dan disayangi serta masih diperlukan oleh rakyat di Parlimen Gua Musang terutama mereka yang menjadi pengundi di DUN Galas.

Hakikatnya UMNO/BN Gua Musang 'solid' dibelakang Kuli, pastinya keharmonian yang terjalin dikalangan kepimpinan diperingkat bahagian jelas memberikan kekuatan asas dalam mendepani Puak Parti Ajaran Sesat dalam 'perang' yang bakal bermula pada 26hb Oktober nanti...

InsyaAllah UMNO/BN akan merampas kerusi DUN Galas...