Memaparkan catatan dengan label md said timbalan exco. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label md said timbalan exco. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Julai 2016

Md Said Ludah Razif..?


Pejuang sejati takkan boleh dijual beli..!

Ahmad Said tolak jawatan timbalan exco

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menolak pelantikan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang diumumkan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman semalam.

Rombakan dan penstrukturan semula yang diumumkan Ahmad Razif selepas mesyuarat exco negeri semalam melibatkan pertambahan dan pertukaran tugas dalam usaha memantapkan pentadbiran negeri.

Ahmad Said berkata, bagaimanapun beliau belum menerima surat rasmi mengenai pelantikan itu dan hanya mengetahuinya melalui laporan media.

"Saya rasa sekarang ini saya lebih berminat bekerja secara sukarela daripada dibayar gaji sebab saya dah berpencen," katanya pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa) di sini hari ini.

Dalam sidang media itu juga, Ahmad diumumkan sebagai Yang Dipertua Perkasa Terengganu.

Beliau menggantikan Dato Ismail Samah berkuat kuasa hari ini. - Bernama

Alamak..! Md Said tak makan dedak ler..!
Guane bohhh???

Lu Fikir La Sendiri!!!