Memaparkan catatan dengan label menteri luar malaysia wsj. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menteri luar malaysia wsj. Papar semua catatan

Isnin, 27 Julai 2015

Aniffah Baru Mula Bekerja..!


Isu yang dibangkitkan oleh WSJ berkaitan pemindahan wang ke akaun peribadi najib sudah masuk ke minggu ke 3. Sejak itu kita tak pernah dengar sebarang kutukan Wisma Putra ke atas WSJ..kenapa?

Tapi bila si juburi dari dalam kubur dunia memberi komen 2 hari lepas maka Aniffah bangkit berjurus membuat kenyataan..! Soalnya kenapa baru sekarang? kenapa baru Anwar komen baru nak bersilat? kenapa bergantung harap kepada Aljuburi? apa minta tolong Anwar ke?

Kata kawan disebelah...kita sangka baik...2 minggu lepas adalah minggu akhir Ramadhan maka pastinya Anifah menumpukan segala hidupnya dengan menghidupkan Ramadhan dan mencari Lailatul Qadar..! 

Selepas itu Raya...tentu Anifah menyambutnya seperti kita semua yang berjaya mengharungi puasa Ramadhan..! dan seminggu selepas Ramadhan hari ini kerana Anifah baru habis puasa 6..!

Itu sebab Anifah baru mula bekerja..! oooohhhhh...kata saya panjang..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

PUTRAJAYA: The Wall Street Journal (WSJ) begitu pantas mengkritik Malaysia, namun ini menampakkan betapa ceteknya pengetahuan dan pemahaman WSJ mengenai negara ini dan sejarahnya, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.   

Dalam surat terbuka kepada harian berpangkalan di New York itu mengenai komentar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam WSJ, Anifah pada Ahad berkata "suara tentangan" yang bekas ketua pembangkang itu dakwa tidak dapat didengar adalah sebenarnya dominan dalam media berita online Malaysia, yang mempunyai jauh lebih ramai pembaca dari media cetak.  

"Jika seseorang meragui "kebebasan asas" rakyat Malaysia, mereka sendiri boleh lihat betapa bebasnya seseorang itu mengkritik kerajaan di laman berita ini," ujar beliau.   

"Adalah menyedihkan WSJ termakan dakwaan yang kecewa dan tidak berasas olehseorang ahli politik dan mengemukakannya sebagai fakta - dengan itu bersikap memihak dalam politik dalaman Malaysia," katanya.  

Malahan, kata Anifah, sesetengah pihak bercakap begitu positif tentang Malaysia kebelakangan ini.   

"Bloomberg memberi rating kepada Malaysia sebagai pasaran sedang muncul yang kelima paling menjanjikan di dunia pada 2015.  

"Dalam Laporan terbaru Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengenai negara kita berjudul “Favourable Prospects for Malaysia’s Diversified Economy” seorang Felo Kanan di Majlis Perhubungan Asing menulis: “Perbincangan politik di Malaysia makin jauh lebih terbuka dari sedekad lampau".  

"Dan agensi rating Fitch baru-baru ini menaikkan prospek masa depan bagi Malaysia," kata beliau.  

Ini adalah hakikat mengenai Malaysia hari ini, kata menteri itu.    

Anifah berkata Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi sejak merdeka pada1957, dan pilihan raya dijalankan dengan berlaku pertandingan sengit, dan pembangkang memenangi lima dari 13 negeri pada 2008.  

Perbincangan politik begitu vibran dan lantang, ujarnya.   

Dua hari lepas, Anwar dalam artikelnya disiarkan oleh WSJ menyelar kerajaan kerana mengenakan kawalan ketat ke atas kebebasan asasi.-Bernama