Memaparkan catatan dengan label najib 1mdb. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label najib 1mdb. Papar semua catatan

Ahad, 10 Julai 2016

Patut Laa..!


Faham..?

Najib rahsiakan laporan audit 1MDB bagi kekal berkuasa?

Adakah laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB masih dirahsiakan kerana ia akan membawa kejatuhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, soal pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang.
"Persoalan Najib dan semua menteri kabinet perlu menjawab sama ada pengumuman terbuka laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB akan menyaksikan Najib tidak lagi mampu kekal sebagai perdana menteri dan presiden Umno?
"Adakah ini sebabnya, mengapa Najib sedang bertungkus lumus merahsia dan menyekat bermati-matian laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim juga menyoal sama ada laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB telah dikemukakan kepada jemaah menteri atau anggota kabinet.
"Jika demikian, apakah pendirian kabinet mengenainya?"
Siasatan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB telah diklasifikasikan sebagai sulit mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Kandungan laporan itu bagaimanapun, didakwa dibocorkan oleh laman pendedah maklumat Sarawak Report.
Malaysiakini tidak boleh secara bebas mengesahkan sama ada dokumen yang diterbitkan oleh Sarawak Report adalah sahih, dan juga tidak boleh melaporkan kandungannya kerana sekatan undang-undang.
Pemakan dedak jer yang tak faham dengan menyembunyikan fakta dan menidakkan kebenaran..!
Rakyat? dah lama tahu dan semakin faham..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Rabu, 13 April 2016

1MDB ~ Kenyataan Tan Seng Giaw Ni Tak Pulak TV3 Keluarkan..!


Sekarang ni dalam mood pembersihan..!  Memalukan negara ajer..! Kenapa 1MDB tak tunjuk semua dokumen? apa yang mahu disembunyikan..! Sedangkan ini lah masanya Najib dan konco konconya berpeluang membuktikan kebenaran..! 

Ketua Audit Negara tidak dibekalkan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memeriksa jika dana 1MDB masuk ke dalam akaun bank Perdana Menteri Najib Abdul Razak, dedah ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pembangkang.
Oleh itu, kata mereka, adalah tidak munasabah bagi pengerusi PAC Datuk Hasan Ariffin mendakwa laporan PAC yang dikeluarkan minggu lalu menunjukkan Najib tidak mendapat manfaat daripada 1MDB.
“Malangnya pihak PAC juga tidak dapat mengesahkan sama ada pembayaran dilakukan daripada 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri kerana dokumen-dokumen yang diperlukan seperti penyata bank tidak diserahkan kepada Ketua Audit Negara.
“PAC juga tidak pernah membuat sebarang keputusan bahawa perdana menteri tidak bersalah.
“Oleh itu kami menggesa supaya Hasan untuk mengemukakan bukti melalui Hansard bahawa keputusan ini dibuat sebulat suara dan konsensus oleh semua anggota PAC,” kata lima anggota PAC itu dalam satu kenyataan media.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ahli Parlimen DAP Tony Pua dan Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen PKR William Leong dan Kamarul Baharin Abas dan Datuk Takiyuddin Hassan dari PAS.
Sebaliknya, kata mereka, dokumen yang diperolehi oleh Ketua Audit Negara menunjukkan bahawa Najib meluluskan secara bertulis segala keputusan penting yang dibuat oleh 1MDB.
Ini termasuk:
  • Pelaburan dengan Petrosaudi International,
  • Penerbitan bon sebanyak US$6.5 bilion,
  • Pembelian syarikat-syarikat penjanakuasa bebas; dan pemecatan juruaudit yang tidak setuju dengan pendirian 1MDB.
“Sehubungan dengan itu, kami menggesa supaya pengerusi PAC menarik balik kenyataannya kerana ia merupakan kenyataan yang langsung tidak berasas, menyelewengkan pendangan PAC dan bersifat bohong.
“Kami berharap supaya Hasan tidak menyalahgunakan jawatannya sebagai pengerusi PAC, sebuah jawatankuasa Parlimen untuk kepentingan politik BN dan Najib,” kata mereka.
Pandi mana Pandi???
Lu Fikir La Sendiri!!!

Isnin, 11 April 2016

1MDB ~ Lagi Kuasa Najib Di Buktikan..!


Kementerian Kewangan tak sedar keputusan Menteri Kewangan..! Kementerian Kewangan tak sedar keputudan Menteri Kewangan..! 

Banyak kali juga memikir..! tapi tak hadam hadam..! 

Kementerian Kewangan tak sedar keputusan Menteri Kewangan..! Tolong fikir bro..!

Kem. Kewangan tak sedar surat Najib tamatkan KPMG


Kementerian Kewangan (MOF) nampaknya tidak sedar bahawa pelantikan KPMG sebagai juruaudit 1MDB telah ditamatkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak, menurut rekod Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Semasa pendengaran PAC mengenai 1MDB pada 16 Jun, 2015, ketua unit parlimen dan kabinet MOF Rosli Yaakub memberitahu jawatankuasa itu bahawa kementerian itu tidak terlibat dalam pelantikan juruaudit 1MDB.
Keesokan harinya Jawatankuasa itu menerima pengesahan daripada KPMG bahawa ia telah dipecat sebagai juruaudit 1MDB melalui surat daripada 1MDB yang ditandatangani oleh Menteri Kewangan.
Ketua Kementerian Kewangan Inc (MKD) Datuk Mohamad Isa Hussain direkodkan dalam hansard itu sebagai berkata beliau "tidak pasti" mengenai surat itu apabila ditanya oleh pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamad mengenainya.
Hansard kemudian menunjukkan terdapat kekeliruan awal mengenai siapa menteri kewangan yang menandatangani surat penamatan itu kerana KPMG tidak membawa salinan pernyataan itu ketika pendengaran PAC.
Anggota PAC Tony Pua bagaimanapun, mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa PAC kemudian menunjukkan bahawa surat itu ditandatangani oleh Najib sendiri.
Kertas takkan mampu membungkus api bro..!
Lu FIkir La Sendiri!!!

Ahad, 3 April 2016

Telur Tembelang Dah Nak Pecah..!


Kalau pecah...memang paing bau dier...!

Derma atau dana 1MDB? Siasatan Luxembourg ada jawapan

Rakyat Malaysia mungkin tertanya-tanya mengapa sebuah negara kecil di Eropah juga melancarkan siasatan global ke atas skandal 1MDB, tetapi hasil siasatan itulah yang akan mempunyai kesan besar ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sebagai permulaan, siasatan Luxembourg itu tidak menunjukkan bahawa ia mempunyai sebarang kaitan dengan Najib.
Tetapi siasatan Luxembourg adalah penting kerana ia boleh menyelesaikan kaitan penting - hubungan antara 1MDB dengan beberapa entiti yang telah bermurah hati menyalurkan berbilion-bilion ringgit yang didakwa sebagai derma ke dalam akaun bank peribadi Najib.
Berita ABC pada Selasa lalu yang memetik rekod bank Najib, mendedahkan bahawa AS$1.051 bilion (RM4.2 bilion) di akaun peribadi perdana menteri berasal daripada entiti seperti Kementerian Kewangan Arab Saudi, Putera Faisal bin Turki bin Bandar Alsaud, Kewangan Tanore (BVI ) dan Blackstone Asia Real Estate Partners Ltd (BVI).
Pejabat Perdana Menteri mendakwa entiti Arab itu adalah bukti yang Najib sentiasa tegaskan - wang itu adalah sumbangan Arab dan sebarang dakwaan mengaitkannya dengan 1MDB adalah salah.
Jadi bagaimana kaitan ini dengan penyiasatan Luxembourg?
The Wall Street Journal hari ini melaporkan bahawa Kumpulan Banque Privee Edmond De Rothschild Group di Luxembourg yang menguruskan dana untuk pelanggan kaya, mengesahkan ia sedang bekerjasama dengan penyiasat di negara itu bagi menentukan sama ada dana 1MDB mengalir ke dalam bank swasta berkenaan.
Walau bagaimanapun, sebelum pihak berkuasa Luxembourg mengumumkan siasatannya, Sarawak Report pada Januari lalu telah memberi tumpuan kepada Banque Privee Edmond De Rothschild.
Portal pendedah maklumat itu, secara khusus mengeluarkan dokumen yang menunjukkan bahawa akaun Khadem Al-Qubaisi di Banque Privee Edmond De Rotschilde di Luxembourg di bawah nama 'Amanah Vasco’ menerima deposit AS$ 472.75 bilion antara 29 Mei 2012 dan 4 Disember 2012.
Wang itu berasal daripada Blackstone Asia Real Estate Partners Ltd (BVI), syarikat pesisir luar yang sama yang menyalurkan sekurang-kurangnya AS$120 juta (RM480 juta) ke akaun bank peribadi Najib antara 3 Januari 2012 dan 23 Mei 2012.
Khadem sebelum ini adalah Pengerusi Aabar Investments PJS, anak syarikat dana pelaburan Abu Dhabi, iaitu International Petroleum Investment Companya (IPIC) yang mana beliau juga adalah pengarah urusan. Kedua-dua entiti itu mempunyai urusan perniagaan dengan 1MDB.
Siasatan Luxembourg dipercayai tertumpu ke atas akaun Khadem dalam Banque Privee Edmond De Rotschilde.
Ini berdasarkan hakikat bahawa kenyataan pendakwa raya Luxembourg yang berkata siasatan "bertujuan untuk mengesan asal-usul empat pemindahan wang yang berlaku pada tahun 2012" yang selaras dengan empat transaksi yang pertama didedahkan oleh Sarawak Report pada bulan Januari.
Empat urusniaga yang diterima oleh Khadem daripada Blackstone Asia Real Estate Partners Limited (BVI) dalam tempoh tujuh bulan bermula dengan deposit AS$158 juta pada 29 Mei 2012 dan kemudiannya AS$ 100.75 juta, AS$ 129 juta dan AS$ 85 juta yang dipindahkan pada 3 Ogos, 31 Oktober dan 4 Disember, berjumlah AS$ 472.75 juta.
Kenyataan pendakwa raya Luxembourg itu berkata penyiasat juga sedang menjejaki asal urus niaga lain pada tahun 2013, yang merujuk kepada deposit AS$ 20.75 juta yang diterima oleh Khadem pada 2 Februari tahun berkenaan daripada Good Star Limited, juga diketengahkan oleh portal pendedah maklumat itu pada bulan Januari.
Good Star Limited dikawal oleh sekutu Najib dan jutawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low.
Syarikat itu dituduh memindahkan AS$1.030 bilion daripada usaha sama 1MDB dengan PetroSaudi International, tetapi 1MDB menegaskan semua wangnya dalam perjanjian itu telah disahkan.
Senak beb..!

Lagi...

Siasatan 1MDB: UAE beku aset bekas eksekutif IPIC

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE) meningkatkan siasatan dengan mengeluarkan larangan perjalanan dan membekukan aset dua bekas eksekutif syarikat pelaburan Abu Dhabi - International Petroleum Investment Company (IPIC) - berhubung transaksi kewangan yang membabitkan 1MDB.
Tindakan UAE itu menunjukkan terdapat kemajuan dalam siasatan pihak berkuasa berhubung urusan Khadem Al Qubaisi dan Mohammed Badawy Al Husseiny - yang kedua-dua mereka mempunyai hubungan rapat dengan 1MDB.
Al Qubaisi, seorang warganegara UAE adalah pengarah urusan firma pelaburan bernilai AS$ 80 bilion itu, manakala Al Husseiny, seorang warga Amerika adalah Ketua Pegawai Eksekutif Aabar Investments PJS yang dimiliki oleh IPIC.
Kedua-dua syarikat itu mempunyai urusan yang meluas dengan 1MDB dan kedua-dua bekas eksekutif itu dilaporkan dibebaskan baru-baru ini selepas pembabitan mereka dalam urusan IPIC dengan 1MDB.
Sarawak Report sebelum ini melaporkan bahawa Al Husseiny ditahan oleh pihak berkuasa UAE sementara menunggu perintah ekstradisi untuk dibawa ke Amerika Syarikat bagi membantu siasatan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat ke atas 1MDB.
Sementara itu, dalam artikel yang berasingan, WSJ juga melaporkan bahawa unit Kumpulan Edmond de Rothschild di Luxembourg sedang bekerjasama dalam siasatan rasmi berhubung wang yang mungkin mengalir daripada 1MDB.
Khamis lalu, pejabat pendakwa Luxembourg memaklumkan bahawa ia sedang menyiasat sama ada ratusan juta dolar yang dihantar ke akaun di sebuah bank di negara itu berasal daripada 1MDB.
Ini dilaporkan mempunyai kaitan dengan siasatan bon yang dikumpulkan untuk 1MDB yang sedang diteliti oleh pihak berkuasa Switzerland.
Sengal???
Lu Fikir La Sendiri!!!