Memaparkan catatan dengan label najib akta hasutan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label najib akta hasutan. Papar semua catatan

Jumaat, 12 September 2014

HOT ~ Setelah Diasak Akhirnya Najib Terima & Mengakui..!


Setelah bertubi tubi asakan...! setelah pelbagai pandangan dilontarkan..! Akhirnya Najib akur dan mengakui..!

Tak payah dolak dalih..kata ajer tak hapus AKta Hasutan..senang..! Kalau dari awal lagi Najib bertegas tak la rakyat marah dan kecewa..!

Syabas kepada rakyat Malaysia yang cekal dan tabah dalam meletakkan kepentingan negara lebih utama dari kepentingan diri dan kelompok..!

Terutama kelompok pengampu..!

Pemimpin kena berani dan tegas..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

KUALA LUMPUR: Draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional belum disediakan lagi pada masa ini dan kerajaan masih di peringkat perbincangan mengenai prinsip-prinsip asas yang akan dijadikan panduan dalam penggubalannya.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, penggubalan Akta Keharmonian Nasional akan dibuat Jabatan Peguam Negara hanya setelah perkara-perkara prinsip dan dasar diputuskan kelak.
"Hanya selepas konsensus umum dicapai dalam kalangan rakyat termasuk mereka di Sabah dan Sarawak, barulah kelak proses penggubalan akan dimulakan.
"Proses ini akan mengambil masa agar undang-undang yang baharu kelak benar-benar dapat membantu merealisasikan matlamat kita untuk membina sebuah negara yang stabil, aman dan harmoni," kata kenyataan itu.
Ia menegaskan mana-mana draf rang undang-undang yang disediakan mana-mana pihak selain daripada Jabatan Peguam Negara adalah tidak sahih dan tidak boleh diterima. - BERNAMA

Sabtu, 6 September 2014

Najib Menentang UMNO..!


Apakah akhirnya nanti Najib akan menentang partinya sendiri? Apakah kuasa sebagai Presiden parti membuatkan Najib dan para punahsihatnya akan mengenepikan pandangan dan saranan akar umbi UMNO? 

Adakah ahli dan pemimpin UMNO yang lain berani berdepan dengan Najib untuk mempertahankan Akta Hasutan? SIapa yang lebih kuat dan kental semangat Melayu/Islamnya..! Najib atau akar umbi UMNO?

KOTA BAHARU: Majoriti Umno Bahagian di seluruh negara meminta kerajaan mengekalkan Akta Hasutan selain mengembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata hasil tinjauan Umno pusat ketika ini, sehingga semalam 161 daripada 191 Umno bahagian telah menyuarakan perkara itu.

"Kita telah membuat tinjauan ini terhadap ketua-ketua Umno Bahagian di seluruh negara dan mereka mahu Akta Hasutan ini dikekalkan selain ISA di kembalikan.

"Jumlah ini dijangka terus meningkat daripada Umno Bahagian yang lain," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, Jumaat.

Sedangkan dalam masa yang sama Najib tetap berkeras...


Apa yang berlaku kepada ISA? Sejauhmana lemahnya penguatkuasaan dengan menggunakan Akta baru SOSMA?

Apa yang boleh rakyat harap dengan Akta Harmoni sedangkan draft nya pun kita tidak melihatnya lagi..! 

Najib tak payah main api lagi..! banyak dah terbakar ni..! cuma belum rentung jer..!

UMNO ke Najib?

Lu Fikir La Sendiri!!!