Memaparkan catatan dengan label najib bangang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label najib bangang. Papar semua catatan

Rabu, 13 Julai 2016

Betul Ke Najib Dead Man Walking..!


Muka ata senyum..! Apa pasat???


Muhyiddin Tanya - Siapa Pengkhianat, Yang Mendedah Atau Yang Merompak?










“Anda mempunyai satu laporan 
penting yang sah mengenai 1MDB. 
Dedahkan isi kandungannya supaya 
rakyat dapat mengetahui fakta 
sebenar daripada sumber yang sahih.”

Oleh TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
12 Julai 2016













Saya bersama dengan seluruh rakyat yang menuntut kebenaran dalam 
isu 1MDB mendesak kerajaan supaya mengubah (declassify) status 
rahsia rasmi Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dengan 
segera supaya rakyat dapat mengetahui kedudukan sebenar dakwaan 
penyelewengan wang puluhan billion ringgit dalam 
urusniaga syarikat berkenaan.

Beberapa petikan yang dikatakan bersumber daripada laporan akhir Ketua Audit 
Negara mengenai 1MDB seperti yang didedahkan oleh portal Sarawak Report 
beberapa hari lalu mengandungi maklumat-maklumat penting berkaitan 
penyelewengan syarikat berkenaan. Ini termasuk kehilangan wang berjumlah 
USD7 billion (RM28 billion) yang dibayar kepada beberapa buah syarikat 
palsu yang tiada kaitan dengan urusniaga 1MDB.

Ketika kemelut 1MDB mula dipersoalkan oleh rakyat pada awal tahun lalu, saya 
telah menyuarakan kebimbangan saya di dalam kabinet dan menyarankan supaya 
Ketua Audit Negara menyiasat akaun 1MDB, termasuk melakukan audit forensik. 
Siasatan Ketua Audit Negara adalah penting untuk menentukan kedudukan 
sebenar akaun 1MDB dan menjawab segala tuduhan penyelewengan yang 
dilemparkan terhadap syarikat berkenaan, termasuk yang melibatkan 
Perdana Menteri.

Perdana Menteri sendiri berjanji bahawa Laporan Ketua Audit Negara mengenai 
1MDB akan diumumkan dan beliau memberi jaminan bahawa individu atau 
pihak yang terlibat dalam penyalahgunaan dan penyelewengan 1MDB akan 
dibawa ke muka pengadilan. Bagi yang mungkin terlupa akan janji 
Perdana Menteri ini, saya ingin memetik tulisan beliau dalam portal 
NajibRazak.com yang disiarkan 
pada bulan Mei 2015.

Beliau berkata, “adalah tidak adil bagi sesetengah ahli politik mensabitkan kerajaan 
dalam mahkamah pendapat awam sebelum fakta sebenar dikemukakan oleh pihak 
berkuasa yang sah iaitu Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang 
Negara (PAC) yang bersifat dwipartisan...sementara itu, tolonglah, jangan buat 
spekulasi dan kesimpulan, tanpa menggunakan maklumat yang akan dibentangkan 
oleh Ketua Audit Negara, yang mengandungi laporan terperinci tentang 
kewangan 1MDB”.

Kata Najib lagi, “Jika kita bersikap ikhlas untuk mencari kebenaran di sebalik 
dakwaan itu, kita perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah 
(seperti Ketua Audit Negara) dan bukan daripada portal berita pihak ketiga atau 
blog dalam talian yang mungkin mempunyai agenda tersembunyi”.

Itu kenyataan Najib lebih setahun yang lalu.










Jabatan Audit Negara telah memulakan siasatan ke atas akaun 1MDB pada bulan 
Mac 2015. Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1MDB telah disiapkan pada 
bulan Jun 2015 dan laporan akhir Ketua Audit Negara telah dibentangkan kepada 
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara pada bulan Mac 2016.

Malangnya, Najib telah memungkiri janjinya kepada rakyat. Bukan sahaja 
Laporan Ketua Audit Negara tidak didedahkan kepada umum, malah telah 
diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 
1972. Tindakan mengklasifikasikan Laporan Ketua Audit Negara sebagai 
dokumen rahsia rasmi adalah aneh memandangkan Ketua Audit Negara 
mempunyai tanggungjawab di bawah Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan 
untuk menyerahkan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong. 
Laporan ini kemudiannya hendaklah dibentangkan di Dewan Rakyat. 
Adakah kerajaan mempunyai kuasa melebihi kuasa yang diberikan 
oleh Perlembagaan Persekutuan untuk menutup hasil siasatan Ketua 
Audit Negara daripada pengetahuan rakyat?

Lebih malang, ada Menteri kabinet yang melabelkan pihak yang membocorkan 
kandungan laporan Ketua Audit Negara sebagai pengkhianat negara. Siapakah 
pengkhianat sebenarnya? Orang yang mendedahkan salahlaku 1MDB atau 
orang yang merompak wang negara menerusi transaksi 1MDB dan kemudian 
menutup kesalahan mereka daripada diketahui oleh rakyat? Sudah tentulah 
merompak wang negara dan menutup perbuatan jenayah adalah suatu 
pengkhianatan yang amat jijik kepada negara. Seluruh kabinet 
bertanggungjawab terhadap rakyat. Mereka tidak mempunyai kuasa mutlak 
untuk melakukan apa sahaja semata-mata untuk melindungi keselamatan 
seorang individu. Kepentingan majoriti rakyat adalah jauh lebih utama daripada 
keselamatan seorang individu.

Rakyat berhak untuk mengetahui kebenaran. Najib telah dikaitkan secara langsung 
dalam skandal 1MDB dan dia harus tampil menjawab pertanyaan rakyat. Tindakan 
berselindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi akan menambah syak wasangka 
rakyat terhadap kredibiliti dan integriti Najib sebagai Perdana Menteri. Jika 
dia seorang yang benar-benar ikhlas, budiman dan berani mencari kebenaran, 
ubah (declassify) segera status rahsia rasmi Laporan Akhir Ketua Audit Negara 
mengenai 1MDB dan dedahkan hasil siasatan untuk tatapan rakyat. 
Usah berdolak dalih lagi.

Jangan berterusan menyalahkan portal berita atas talian atau media asing kerana 
menyebarkan maklumat mengenai penyelewengan 1MDB. Anda mempunyai satu 
laporan penting yang sah mengenai 1MDB. Dedahkan isi kandungannya supaya 
rakyat dapat mengetahui fakta sebenar daripada sumber yang sahih. Ini adalah 
peluang terbaik untuk Najib dan kerajaan pimpinannya membersihkan nama 
daripada pelbagai dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa.

Jika Najib gagal berbuat demikian, dan berterusan menyembunyikan kebenaran 
daripada pengetahuan rakyat, maka dia mesti mengambil tanggungjawab 
sepenuhnya di atas skandal 1MDB dan mengambil langkah terhormat dengan 
meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Berasaskan kenyataan media TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Amacam???

Lu Fikir La Sendiri!!!

Rabu, 13 April 2016

1MDB Kekal Bodoh & Membodohkan..!


Cukup cukup la..! Rakyat dan dunia tahu bahawa 1MDB bermasaalah..! Apa lagi yang 1MDB mahu lindungi..! Pihak berkuasa perlu bertindak segera menangkap dan menyiasat mereka yang jelas terlibat didalam skandal ini..!

1. Banyak soalan telah dijawab oleh 1MDB. Tetapi tidak ada satu pun yang boleh dipercayai. 

2. Hari ini 1MDB menjawab kenyataan akhbar yang dibuat oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) bahawa IPIC dan anak syarikatnya Aabar Investment PJS (Aabar) yang didaftar dibawah undang-undang Abu Dhabi dan UAE, bahawa Aabar BVI (British Virgin Islands) bukanlah dari kumpulan mereka. Juga IPIC dan Aabar mengesahkan bahawa mereka tidak pernah terima bayaran dari Aabar BVI, dan mereka juga membuat pengakuan terhadap sebarang tanggungan (liabilities) bagi pihak Aabar BVI (seperti yang dinyatakan oleh 1MDB).

3. 1MDB menjawab bahawa dalam kenyataan terbuka yang diaudit pada 31.03.2014 menunjuk rekodnya telah dibayar kepada Aabar BVI.

4. Segala kenyataan oleh 1MDB tidak pernah disokong oleh dokumen apa-apa. Ini termasuk pemulangan wang dari Kepulauan Caymans yang kononnya di simpan di BSI Singapura. Kemudian BSI berkata tidak ada wang berkenaan yang disimpan oleh 1MDB dengannya. Lantas 1MDB menjawab simpanan itu bukan berbentuk wang tetapi berbentuk “unit”. Tidak ada penjelasan atau dokumen nilai sesuatu unit dan jumlah unit. Jelas bahawa dakwaan ini adalah satu pembohongan.

5. Kononnya dari RM2.6 billion RM2.3 sudah pulangkan kepada “penderma”. Tetapi wang (atau unit) ini telah dibekukan. Kalau dah beku, bagaimana dan bila wang ini dicairkan dan dipulangkan kepada “penderma” yang tidak boleh dikenalpasti. Hakikatnya semua kenyataan 1MDB dan A.G. juga tidak boleh dipercayai.

6. Aabar BVI didapati bukanlah Aabar anak syarikat IPIC. 1MDB kerap mengguna nama syarikat lain supaya dipercayai orang. Demikian apabila terdapat sebuah syarikat Amerika yang bernama Blackstone Group, maka sebuah syarikat di Hong Kong pun diberi nama “Blackstone Asia Real Estate Partners” supaya difikir syarikat ini ada kaitan dengan syarikat Blackstone Group di Amerika. Blackstone Group dilapor menafikan bahawa “Blackstone Asia Real Estate Partners” mempunyai kaitan dengannya.

7. Laporan dalam buku-buku 1MDB tidak boleh dipercayai sama sekali. Jika laporan media asing adalah fitnah dan tidak berasas, tuduhan saman malu boleh dibuat terhadap media berkenaan di negara mereka. Tetapi walaupun media asing ini membuat bermacam tuduhan terhadap Najib, seperti melapor Najib rasuah, Menteri Kewangan yang terburuk didunia, memiliki RM 2.6 billion dalam akaun peribadi yang datangnya dari 1MDB, Najib tidak pernah bertindak saman malu terhadap WSJ atau Sarawak Report atau Washington Post dan lain-lain. Jika dakwaan mereka tidak berasas kebenaran saman malu oleh Najib bukan sahaja akan menghasil ganti rugi berjuta dollar tetapi dakwaan buruk terhadapnya akan berhenti. Tidak adanya saman malu oleh Najib mengesahkan tuduhan mereka adalah benar.

8. Kerana semua dakwaan pihak asing tidak menarik tindakan undang-undang maka penafian 1MDB yang dipimpin oleh Najib tidak dapat diterima sama sekali.

9. Demikian juga bahagian-bahagian dalam laporan PAC yang berasas kepada kenyataan 1MDB bahawa Najib tidak terlibat dengan segala salahlaku, tidak boleh diterima. Lagipun sebagai PM dan Menteri Kewangan serta Penasihat kepada 1MDB, membiar pegawai dibawahnya membuat berbagai keputusan berkenaan berbillion dilabur, dipindah, diberi pinjam, dihilangkan menunjuk sikap tidak mengambil berat terhadap wang Kerajaan yang begitu banyak. Najib tidak menjalankan tanggungan fiduciary dengan bertanggungjawab. Ini adalah satu kesalahan besar walaupun laporan PAC menuding jari ke arah Shahrol Azral Ibrahim Hilmi sepenuhnya. Sementara tindakan terhadap Shahrol perlu diambil, tindakan terhadap penasihat 1MDB yang mewakili Kerajaan tidak boleh diketepikan.


Skandal jijik lagi menjijikkan..!

Ada maruah ke???

Lu Fikir La Sendiri!!!

Sabtu, 5 September 2015

Najib Mencabar Kuasa Rakyat..!


Jangan dicabar kuasa rakyat kerana selama ini rakyat la yang telah memberikan kamu kuasa untuk membentuk kerajaan..! 

Bukan main lagi menyanyi di Pasir Salak semalam...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 'people's power' atau kuasa rakyat untuk memilih kerajaan hanya boleh digunakan sewaktu pilihan raya.

Beliau berkata ketika itu rakyat berhak menghukum dan mengadili pemimpin yang mereka sukai atau benci.

"Waktu pilihan rayalah waktu kita serah kepada rakyat untuk memilih kerajaan. Hukumilah kita, adililah kita sebagai kerajaan pada hari ini sama ada baik atau tidak, rakyat boleh tentukan.

"Di antara pilihan raya, kita tak boleh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang negara kita," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Festival Rakyat@Pasir Salak di Litar Dato Sagor, Kampung Gajah, di sini pada Jumaat malam.

Najib berkata kerajaan pada hari ini bukanlah tidak mahu diadili rakyat kerana kerajaan menyedari rakyat yang menentukan segala-galanya.

Bagaimanapun, beliau berkata perlembagaan menyatakan bahawa kuasa rakyat untuk berbuat demikian hanya sekali dalam lima tahun.

"Rakyat dapat kuasa bukan disebabkan memakai baju yang satu warna, apatah lagi dengan sikap angkuh, biadap dan keterlaluan menghina pemimpin-pemimpin parti politik dan kerajaan itu dianggap sebagai cerminan isi hati rakyat.

"Kita bukan jenis manusia seperti itu, kita membangunkan negara dengan kesantunan akhlak dan nilai walaupun kita berbeza pendapat, tetapi kita tidak mengaibkan mana-mana orang.

"Saya dan rakan-rakan sanggup diadili, waktu pilihan raya, sekiranya tidak suka saya boleh bertanding di Pekan (Pahang) umpamanya, saya terima siapa nak bertanding di Pekan," katanya.

Perdana menteri berkata pada ketika pilihan raya barulah diketahui sama ada rakyat bersama kerajaan atau tidak.


Betul lah rakyat mempunyai hak untuk mengadili dan memilih kerajaan dalam setiap pilihanraya. Malah rakyat negara ini sejak dari sebelum Merdeka sehingga kini telah pun memilih dengan bijaksana kerajaan Barisan Nasional untuk menjadi kerajaan negara ini..!

Tapi tidak la pulak bermakna amanah yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan untuk mentadbir langsung menafikan hak rakyat untuk menegur sebarang salah laku dan penyelewengan yang berlaku.

Perhimpunan aman hanya satu dari banyak teguran demi teguran yang telah pun rakyat lakukan sejak tercetusnya pelbagai isu yang menyesak dan meresahkan rakyat..! 

Rakyat selama ini mampu menerima sebarang penjelasan dan jawapan dari pihak kerajaan kerana setiap jawapan yang diberikan munasabah, telus dan meyakinkan..! Takde masaalah..!

Tapi kenapa dalam isu yang membelit akhir akhir ini rakyat dipersalahkan? Bukan rakyat yang mencipta dan menubuhkan 1MDB..! bukan rakyat yang menerima derma..! bukan akaun peribadi rakyat yang menerima bilion ringgit..! bukan rakyat yang merombak kabinet..! bukan rakyat yang membuang AG..! bukan rakyat yang melumpuhkan siasatan PAC..! bukan rakyat yang menyerbu Bank Negara, SPRM dan membuang orang besar dalam SB..!

Itu semua bukan kerja dan tindakan rakyat..! Itu perbuatan kerajaan..! kerajaan dimana Najib sebagai Perdana Menteri..! Jadi bila rakyat tidak diberikan jawapan..! bila rakyat gagal diberikan keyakinan, tentu ada reaksi dari rakyat..! 

Reaksi yang terbesar ialah perhimpunan bersih..! Perhimpunan bersih adalah satu dari banyak reaksi yang sudah pun rakyat berikan selama ini..! 

Satu perkara lagi ialah apa jua perhimpunan yang seumpamanya tidak akan mampu menjatuhkan Najib dari kerusi Perdana Menteri jauh sekali mahu menggulingkan kerajaan..! 

Jadi apa yang Najib kalut??? Ianya hanya manifestasi dari rasa tidak puas hati rakyat akan tindak tanduk dalam pentadbiran kerajaan yang dipimpin oleh Najib..! Itu jer..!

Najib tak perlu tunggu rakyat menghukum kerajaan dalam PRU yang akan datang..! Kenyataan sebegini hanya akan menyebabkan Kerajaan BN yang selama ini diyakini dan berjasa terdedah kepada penolakan rakyat..! Ketika itu tiada maknanya perjuangan parti yang berjasa selama ini..!

Apakah Najib mahu sehingga detik itu berlaku? Jika itu berlaku bermakna Najib la satu satunya Perdana Menteri yang akan mencipta sejarah sebagai penyebab kepada kejatuhan kerajaan Barisan Nasional..! 

Jika itu berlaku maka Najib la punca kepada krisis penolakan dan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional..! 

Ketika itu ada nilai ke jawatan Presiden parti? Kalau sekadar berjaya mempertahankan Pekan tapi gagal membentuk kerajaan ada harga lagi ke Najib kepada perjuangan suci bangsa? 

Kebangkitan rakyat terutama ahli UMNO hari ini adalah kerana mereka melihat, merasa dan memahami denyut nadi rakyat dibawah..! Mereka juga sayang kan negara..! sayang parti..! sayangkan perjuangan suci ini..! 

Takkan tiba tiba ahli UMNO yang taat dan setia berjuang membela nasib agama, bangsa dan negara selama ini boleh dilabel sebagai  pengkhianat hanya kerana tidak berupaya menyayangi Najib lebih dari mereka sayangkan perjuangan suci parti..!

Soalnya apakah benar najib sayang parti dan sayang perjuangan suci bangsa? Atau Najib mengambil kesempatan dengan menyorok dibelakang kuasa dan perjuangan parti demi kelangsungan politik peribadi..!

Kalau begitu jelas lah siapa sebenarnya yang sayangkan parti dan siapa pula yang hanya tahu menjaga kepentingan diri..!

Ahli UMNO terbanyak bersuara kerana mereka tahu mereka tak penting dan tidak akan mampu menongkat langit..! Nilai perjuangan mereka kepada parti ialah dengan mempastikan UMNO dan BN akan terus kekal berkuasa untuk generasi pewaris yang bakal mengemudi negara..!

Maknanya orang tidak penting...yang penting parti yang mampu memegang tampuk kuasa..!

Bukannya mabuk kuasa hingga sanggup menjejaskan perjuangan suci parti untuk kekal berkuasa..!

Sesungguhnya parti kekal berkuasa adalah perjuangan setiap dari kita, Sebagai pejuang pasti menyedari bahawa setiap perjuangan tentu memerlukan pengorbanan,  Barangsiapa tak berani berkorban dalam berjuang...lebih baik jangan hidup..!

Lu FIkir La Sendiri!!