Masa program nothing to hide DINASIHATKAN tidak hadir atas faktor keselamatan..!
Hari ni pun dapat nasihat faktor keselamatan..! Masaalah besar negara ni kalau seorang PM tidak lagi bebas berpergian kemana mana tempat didalam negara..! Apa negara ni dah tak semalat lagi ke???
Yang heran perkumpulan bersih yang berkumpul beratus ribu manusia tak pulak mencetuskan isu keselamatan..! rakyat macam biasa jer..!
Siapa sebenarnya yang rasa tak selamat..! Tak selamat dari apa? dari bayang banyang? atau dari soalan yang memang tak mampu dijawap?
Atau Najib lebih menumpukan isu belon kuning dengan isu nak kumpul kumpulan merah 16 sepetember depan..! itu lagi penting kot..!
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan untuk tidak muncul pada Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, Najib diminta untuk tidak hadir atas faktor keselamatan beliau sendiri.
“Sekiranya beliau muncul di sini pada hari ini, dia akan datang sebagai pemimpin dan ketua negara. Persoalannya sekarang, bagaimana pula dengan penerimaan semua pihak terhadap kehadiran beliau?
“Mungkin akan ada yang bersikap dingin (terhadap Najib)… Saya percaya, semua yang ada di sini mempunyai adab dan budi pekerti masing-masing. Mungkin sangkaan saya ini betul dan mungkin tidak. Bagaimanapun kami tetap nasihatkan beliau untuk tidak hadir hari ini,” katanya dalam sesi soal jawab selepas menceritakan pengalaman negara mendepani kerajaan dan menangani rasuah.
Najib disahkan tidak akan terlibat secara langsung dengan persidangan IACC yang akan berlangsung hari ini hingga Jumaat.
Paul ni macam kompom kan sesuatu jer..!
Tak gitu? Lu Fikir La Sendiri!!!
Tak gitu? Lu Fikir La Sendiri!!!
